Judul : Tragedi bot karam: Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat
link : Tragedi bot karam: Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat
Tragedi bot karam: Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Mayat seorang wanita ditemui di perairan Sabah berhampiran lokasi sebuah bot katamaran karam yang minggu lalu, lapor The Star Online,
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam Aziz berkata, nelayan tempatan menemui satu mayat wanita berseluar hitam dan berbaju merah tersangkut pada pukat tunda mereka di perairan antara Pulau Mengalum dan Pulau Tiga, kira-kira 9.25 pagi tadi.
Katanya, mayat itu ditemui kira-kira 13 batu nautika timur laut daripada tempat bot karam serta 20 batu nautika barat laut Pulau Tiga.
Beliau berkata, pasukan penyelamat percaya 6 mangsa yang masih hilang, iaitu 5 pelancong China dan seorang anak kapal, mungkin terperangkap di dasar laut.
Hari ini masuk hari ke-8 misi pencarian di perairan Sabah, Miri dan Brunei.
Dalam tragedi 10 pagi Sabtu lepas, bot pelancong yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal, karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum.
Setakat ini 22 mangsa dijumpai selamat dan tiga penumpang dilaporkan terkorban.
Demikianlah Artikel Tragedi bot karam: Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat
Sekianlah artikel Tragedi bot karam: Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tragedi bot karam: Mayat wanita ditemui tersangkut pada pukat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/tragedi-bot-karam-mayat-wanita-ditemui.html