Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat

Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat
link : Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat

Baca juga


Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat

Ustaz Idris Haji Ahmad
 


Sejak kerajaan memperkenalkan sistem apungan minyak pada 1 Disember 2014, maka setiap awal bulan rakyat Malaysia seram sejuk, terutama rakyat marhaen.

Kenapa pemimpin BN tidak rasa bersalah apabila melihat rakyat resah menghadapi kenaikan harga minyak setiap awal bulan.

Pemimpin tidak ada apa yang hendak dirisau kerana setiap perjalanan ditanggung oleh rakyat. Tidak mengapalah kalau rakyat menanggung perbelanjaan mereka, tetapi mereka wajib memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat, bukan menyusahkan rakyat.

Mungkin mereka mengatakan kemarahan ini dapat disejukkan dengan pemberian BR1M yang bernilai RM1,200 setahun, sehari RM3.28. Memang menjadi realiti apabila setiap malam awal bulan apabila berlaku kenaikan maka kita akan melihat rakyat berpusu-pusu ke stesen minyak. Sesuai dengan BRIM (Beratur Rakyat Isi Minyak).

Kerajaan jangan anggap kenaikan 20 sen tidak memberikan kesan besar kepada rakyat. Dengan kenaikan sebanyak 20 sen, maka kenaikan harga barang akan meningkat 20 hingga 30 peratus. Ini tidak dapat tidak, kerana kesan berantai daripada kenaikan harga petrol.

Sikap peniaga pula, apabila harga minyak naik, maka harga barang akan naik. Apabila harga minyak turun, harga barang tidak pula turun. Tambang bas sekolah, harga barang keperluan semestinya akan naik, kerana peningkatan kos bahan api. Bebanan ini ditambah pula dengan cukai GST pada kebanyakan barang. Maka logiknya kerajaan hapuslah sistem apungan dan kembalikan subsidi minyak.

Kerajaan menggunakan  alasan baru pula untuk membuktikan kenapa minyak naik, iaitu minyak yang diguna oleh pengguna ialah minyak yang telah ditapis bukan minyak mentah. Kalau dahulu buat alasan subsidi ditarik kerana hendak elak minyak diseludup ke negara jiran. Ini alasan dangkal, sepatutnya jika minyak diseludup, kena atasi masalah penyeludupan. Bukan sakit kepala tetapi yang dirawatnya perut.

Apapun alasan sebenarnya kerajaan BN gagal menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin untuk rakyat. Tidak ada jalan keluar melainkan dengan menukar kepimpinan BN kepada kepimpinan yang bertaqwa kepada Allah SWT.

* Ustaz Idris Haji Ahmad, Naib Presiden PAS / Ahli Parlimen Bukit Gantang



Demikianlah Artikel Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat

Sekianlah artikel Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kembalikan subsidi, elak keresahan rakyat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/kembalikan-subsidi-elak-keresahan-rakyat.html

Subscribe to receive free email updates: