Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa

Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa
link : Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa

Baca juga


Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa

Oleh Azizul Osman
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi MARA, selesai memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini. 
 
Disoal siasat lebih empat jam, Annuar berkata beliau sedaya upaya memberikan kerjasama kepada SPRM untuk memudahkan kerja-kerja penyiasatan dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan MARA atau Majlis Amanah Rakyat itu.
 
Annuar terdahulu didakwa menyalah guna kuasa Pengerusi MARA bagi membolehkan pasukan bola sepak Kelantan mendapat tajaan daripada organisasi itu.
 
"Saya cuba memberi apa juga maklumat yang ada dalam pengetahuan saya, sedaya upaya saya dan sepenuhnya terserah kepada SPRM dan pasukan penyiasatannya. 
 
"Bukti setakat mana yang saya tahu, saya menjawab soalan-soalan. Tiada bawa bukti sebab saya tidak tahu apa yang mereka mahu dapatkan. Jadi saya jawab setakat apa yang saya tahu berdasarkan apa yang SPRM tanya," katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai memberikan keterangan.
 
Annuar tiba di bangunan SPRM sekitar jam 9 pagi ini selepas tiba di tanah air sekitar jam 10 malam tadi.
 
Beliau sebelum itu memendekkan lawatan rasmi ke New Zealand dan bergegas balik ke Malaysia untuk membantu siasatan SPRM.
 
"Saya menguruskan bola sepak Kelantan pun kerana kepentingan orang ramai, jadi kita lakukan yang terbaik, tapi oleh kerana tuduhan-tuduhan ini agak serius bila katakan menyeleweng duit biasiswa, duit MARA memaksa menaja.
 
"Kalau itu benar berlaku sangat buruk, sangat buruk bagi seorang penjawat awam, wakil rakyat seorang ahli politik yang mencecah umur 60 tahun kalau kita buat kerja menyeleweng dana, duit biasiswa maka mesti disiasat," katanya lagi. 
 
Selain SPRM, Annuar yang bakal disiasat pihak MARA berikrar akan memberi kerjasama dan rela disiasat sepenuhnya mengikut lunas undang-undang demi merungkai kebenaran.
 
Selasa lalu, Mara mengambil keputusan menggantung tugas Annuar sebagai Pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta merta.
 
Keputusan itu dibuat dalam satu mesyuarat tergempar bagi membolehkan siasatan dalaman dibuat berhubung tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan.
 
Siasatan itu dikatakan untuk mengenal pasti sama ada Annuar melakukan sebarang salahguna kuasa berhubung tajaan berkenaan.
 
Isu sama dikatakan menjadi fokus siasatan SPRM.
 
Annuar turut mengesahkan beliau masih Ketua Penerangan Umno dan menggesa akar umbi parti itu supaya menghadapi situasi itu dengan tenang dan terus fokus kepada perpaduan Umno



Demikianlah Artikel Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa

Sekianlah artikel Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya sudah beritahu semuanya pada SPRM, kata Annuar Musa dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/saya-sudah-beritahu-semuanya-pada-sprm.html

Subscribe to receive free email updates: