N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus'

N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus' - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus'
link : N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus'

Baca juga


N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus'

MALAYSIAKINI


Negeri Sembilan akan diwartakan sebagai kawasan penyakit 'Brusella Abortus' yang menyebabkan lembu dan kerbau yang dijangkiti mengalami keguguran, kemandulan dan boleh menyebabkan kematian, selepas tiga kes dikesan di negeri berkenaan.

Penyakit itu juga boleh menjangkiti manusia, sekiranya daging yang telah dijangkiti penyakit itu, dimakan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pewartaan itu bagi membolehkan Jabatan Veterinar menjalankan pemeriksaan di seluruh ladang ternakan dalam usaha mengelakkan penyakit itu merebak sekaligus memudahkan proses bayaran pampasan kepada penternak yang terkesan.

"Setakat ini kita telah kesan dua tiga kes di negeri ini yang mana penyakit ini dibawa oleh ternakan (lembu/kerbau) import dan kemudiannya menyerang lembu tempatan.

"Jadi dalam masa dua ke tiga hari ini kita akan wartakan dan Jabatan Veterinar akan adakan pemeriksaan ke ladang-ladang ternakan untuk ambil sampel darah.

"Ternakan yang dikesan ada penyakit ini, kita akan lupuskan serta-merta manakala penternak pula akan diberi pampasan mengikut jumlah ternakan yang terpaksa dihapuskan mengikut harga pasaran semasa," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban, hari ini.

Mohamad berkata pewartaan itu dibuat mengikut Akta Binatang 1953 dan sekiranya langkah itu tidak diambil, ia akan menyukarkan Jabatan Veterinar menjalankan tugas manakala penternak pula tidak dapat diberi pampasan.

"Lebih baik kita laksanakan segera pewartaan ini kerana kita mahu bendung segera walaupun ia baru dikesan kerana kalau sudah merebak nanti lagi susah untuk dikawal," katanya.

Beliau berkata para penternak pula tidak boleh ingkar sekiranya Jabatan Veterinar mengesan ternakan mereka dijangkiti dan perlu dilupuskan.

"Kita tidak mahu jadi kes seperti di Mantin satu ketika dahulu, yang mana penternak dapat lembu susu berpenyakit dan seluruh lembu ternakannya mati," katanya.

Mohamad turut menasihatkan orang ramai agar tidak cemas dengan penyakit ini kerana usaha membendung penularannya sedang dilakukan.-Bernama



Demikianlah Artikel N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus'

Sekianlah artikel N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel N. Sembilan akan diwarta kawasan penyakit 'Brusella Abortus' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/n-sembilan-akan-diwarta-kawasan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :