Judul : Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini
link : Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini
Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini
MALAYSIA DATELINE
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata penganjur dan peserta perhimpunan perlu mematuhi peraturan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pada hari itu, Dataran Merdeka dan sebahagian Jalan Parlimen pula akan ditutup mulai 8 pagi hingga 12 tengah malam, katanya dalam kenyataan media hari ini.
Pada 24 November lalu, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.
Pas dalam sidang media hari ini menjangkakan kira-kira 200,000 orang hadir Perhimpunan RUU 355 anjuran parti itu di Padang Merbok, Sabtu ini.
Ketua PeneranganPas Pusat Nasrudin Hassan Tantawi berkata perhimpunan bertemakan 'Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera' itu akan bermula 2 petang sehingga 11 malam dan menampilkan 21 pemidato termasuk pemimpin bukan Islam.
Pada sebelah malam pula akan diadakan majlis munajat/solat hajat perdana memohon RUU itu diluluskan.
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada Januari lalu dipetik berkata himpunan itu
bertujuan menunjukkan sokongan orang Islam terhadap RUU itu, selain memberi penjelasan mengenainya kepada orang bukan Islam.
“Ia dapat membangkitkan semangat umat Islam dalam menghadapi tentangan pihak yang tidak memahami dan cuba ambil kesempatan sehingga boleh mencetuskan suasana tidak harmoni,"katanya.
Demikianlah Artikel Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini
Sekianlah artikel Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis lulus himpunan RUU 355 di Padang Merbok Sabtu ini dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/polis-lulus-himpunan-ruu-355-di-padang.html