Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam

Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam
link : Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam

Baca juga


Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam

ARIF ATAN
 
 
Poster ceramah mega Pas KelantanPoster ceramah mega Pas Kelantan

Pas Kelantan bakal mengadakan ceramah meganya di Kota Bharu yang dilihat khusus menyerang Penasihat Amanah negeri itu, Datuk Husam Musa pada 20 Februari ini dengan tajuk "Husam Lari Dari Debat Baiah".

Poster program anjuran Dewan Pemuda Pas Kelantan tersebut tular di media sosial ekoran dakwaan Husam sebelum ini bahawa Pas menerima sejumlah dana mencecah RM90 juta daripada Umno melalui akaun Affin Bank.

Menampilkan Ketua Penerangan Pas Kelantan, Ustaz Nassuruddin Daud yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau sebagai salah satu penceramahnya, program berkenaan bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-rata pengguna media sosial mempersoalkan kewajaran tajuk tersebut ketika rakyat dibebani kos sara hidup tinggi selain limpahan jenayah rasuah dan penyelewengan kuasa.

Dijadualkan berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, turut akan berceramah Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari; AJK Badan Perhubungan Pas Kelantan, Nik Bahrum Nik Abdullah; Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim dan Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataannya akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Husam berhubung dakwaan penyaluran RM90 juta itu yang menurutnya, tindakan sama ke atas Sarawak Report.

Walau bagaimanapun, Pas hanya menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, pada 13 Disember tahun lalu selepas tiga bulan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meletakkan tempoh untuk memfailkan saman kepada laman web itu.



Demikianlah Artikel Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam

Sekianlah artikel Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selepas isu RM90 juta, Pas Kelantan anjur ceramah mega serang Husam dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/selepas-isu-rm90-juta-pas-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :