Judul : Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng
link : Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng
Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng
Oleh Shuhaniza Said dan Wan Anis Ilayni Wan Mohamad Azhar
PETALING JAYA: Pembangkang perlu menebusi Sabah dan Sarawak, negeri deposit tetap Barisan Nasional (BN), dengan membawa isu-isu yang melanda pentadbiran Datuk Seri Najib Razak jika mahu menyelamatkan Malaysia, demikian menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Kita tidak boleh bertumpu di Kuala Lumpur sahaja sebab nanti kita hanya berceramah kepada orang-orang sendiri sahaja. Kita kena pergi ke tempat-tempat lain termasuk Sabah dan Sarawak.
"Tanpa Sabah dan Sarawak maka (pembangkang) tiada harapan. Jadi kita mesti tembusi deposit tetap BN," katanya di Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia di The Club, Damansara Utama, petang tadi.
Sidang meja bulat itu turut dihadiri pemimpin Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menggesa pembangkang tidak membuang masa berunding dengan pihak yang enggan bekerjasama dengan mereka.
Gesaan itu dipercayai merujuk kepada rundingan PPBM dan PAS yang sehingga kini belum mencapai kata putus.
“Ada orang yang boleh kita bawa kepada perundingan ada yang kalau kita usaha tidak boleh dibawa berunding.
“Ini mesti kita jadikan usaha terbaik kita, sebagai ahli politik kita tahu harus tahu had kita sebab itu kita mesti praktikal sekiranya pilihan raya diadakan pada Mei atau Oktober.
“Sekarang adalah masa untuk kita praktikkan kekuatan kita,” katanya.
Sehubungan itu, kata Salahuddin adalah penting buat PH untuk mewujudkan keyakinan yang kuat di kalangan rakyat bahawa gabungan PKR, DAP, Amanah dan PPBM mampu menjamin masa depan mereka.
Mengulas keengganan PAS yang masih tidak mahu mengadakan kerjasama politik dengan gabungan pembangkang, Salahuddin bagaimanapun terbuka dengan sebarang pendirian PAS jika mahu melibat kejayaan PRU14.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu pula menggesa pembangkang memikirkan strategi mengubah tanggapan kaum Melayu yang selama ini selesa dengan 'cara' Umno.
"Rakan-rakan DAP kena bantu untuk mengubah persepsi maka kita boleh capai kemenangan. Persepsi ketuanan Melayu sudah lama dibina sejak zaman Tun Mahathir. Jadi dalam masa yang singkat ini bukan senang untuk buang pandangan ini.
"Semua orang tahu Najib jahat tapi persoalannya keyakinan orang Melayu apabila perubahan kerajaan, apa akan terjadi pada mereka?" soalnya.
Demikianlah Artikel Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng
Sekianlah artikel Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang jangan lupa Sabah, Sarawak - Guan Eng dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/pembangkang-jangan-lupa-sabah-sarawak.html