Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M

Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M
link : Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M

Baca juga


Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M

Oleh Shuhaniza Said & Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
Post Pic


PETALING JAYA: PAS terlalu “mempercayai” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, justeru sukar untuk mengajak parti berkenaan dalam misi menyelamatkan Malaysia, demikian kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, PAS berkemungkinan takut untuk mendengar penjelasan atau penerangan daripada blok pembangkang kerana ingin kekal dalam tafsiran yang 'silap'.

"Mereka nak percaya sangat kepada Najib supaya tak ada apa-apa yang perlu dilakukan oleh mereka tapi kalau mereka dengar penjelasan dari kita, mereka terpaksa berfikir dan proses pemikiran itu agak berat bagi sesetengah orang. Mereka tak mahu fikir," katanya dalam sidang media selepas majlis Sidang Meja Bulat Selamatkan Malaysia, petang tadi.

Terdahulu, beliau ditanya pemberita mengenai cara untuk menarik PAS bagi turut bersama pembangkang lain dalam misi 'Selamatkan Malaysia'.

PAS tidak menyertai PKR, DAP dan Amanah yang menubuhkan blok pembangkang baru, Pakatan Harapan (PH) yang menggantikan Pakatan Rakyat (PR).

Parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bagaimanapun menubuhkan blok ketiga yang dikenali sebagai Gagasan Sejahtera (GAGASAN) bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA).

Parti itu juga tidak bersama-sama dengan pembangkang lain ketika pelancaran Deklarasi Rakyat yang bertujuan menjatuhkan Najib, tahun lalu.

Parti itu berpendirian, sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib perlu dilakukan menerusi saluran demokrasi iaitu pilihan raya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekali lagi mengulangi saranan kepada PAS agar bekerjasama dengan pembangkang, sekurang-kurangnya bagi mengelakkan pertembungan pada pilihan raya kelak.

"Bersatu (PPBM) sedang berbincang dengan PAS. Kita belum dapat keputusan lagi tapi bagi Bersatu (PPBM) kita akan sertai pakatan dengan Pakatan Harapan (PH) lebih awal daripada persetujuan dengan PAS. Kita harap PAS bersama sekurang-kurangnya dengan Bersatu (PPBM) supaya kukuhkan satu lawan satu. Kalau tak, terpaksalah terima pertandingan tiga penjuru," katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Dr Mahathir menegaskan PPBM tidak akan 'dibubarkan' sekalipun jika usaha menjatuhkan Najib tidak 'berhasil'.

"Parti politik kadang-kadang menang, kadang-kadang kalah. Kalau kalah tutup tapi kita tak ada niat nak tutup Bersatu (PPBM) hanya kerana kalah, kita akan usaha lagi untuk menyelamatkan negara kita," katanya.

Terdahulu PH dan PPBM mengadakan sidang meja bulat 'Selamatkan Malaysia' bagi menyelamatkan negara yang didakwa sedang dilanda kleptokrasi yang membimbangkan.

Dalam satu kenyataan bersama, blok pembangkang itu berkata adalah penting untuk mencari jalan kepada permasalahan yang telah memburukkan nama negara di mata dunia.

"Kita di Malaysia sedang berada di tahap yang amat membimbangkan. Bagi membuang label kleptokrasi global yang amat memalukan ini, kita rakyat Malaysia – tanpa mengira kaum, agama, bahasa, wilayah, gender, usia atau ideologi – mesti bekerjasama untuk Selamatkan Malaysia," kata kenyataan berkenaan.




Demikianlah Artikel Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M

Sekianlah artikel Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sukar ajak PAS 'Selamatkan Malaysia' - Tun M dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/02/sukar-ajak-pas-selamatkan-malaysia-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates: