Judul : Amanah rugi jika komplot dengan Umno jatuhkan PAS di Kelantan
link : Amanah rugi jika komplot dengan Umno jatuhkan PAS di Kelantan
Amanah rugi jika komplot dengan Umno jatuhkan PAS di Kelantan
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), ia tidak akan menguntungkan Amanah, demikian tegas Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Kelantan, Datuk Dr Mohd Fadzli Hassan.
Sebaliknya menurut beliau, ia hanya memberi kelebihan kepada Umno, dengan niat mahu menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan kewujudan komplot antara Amanah Kelantan dan Umno Kelantan untuk menjatuhkan PAS menerusi pertandingan tiga penjuru.
"Tetapi yang jelasnya jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan fokus Amanah adalah pengundi PAS, maka ia sedikit pun tidak menguntungkan Amanah di Kelantan.
"Berapa ramai dan berapa peratus bekas ahli PAS yang menyeberang menjadi ahli Amanah? Saya yakin mereka tidak akan menang, tetapi tujuan masuk untuk menarik sokongan ahli-ahli PAS dan itu menguntungkan siapa? Menguntungkan Umno.
"Jika perkara itu betul kalau ada orang mengatakan semacam ada satu pakatan yang rasmi tetapi seperti persefahaman politik, ia seperti semata-mata hendak jatuhkan PAS," katanya yang ditemui pemberita, petang tadi.
Tambahnya, Umno sememangnya diketahui memusuhi PAS, maka tindakan Amanah sebagai 'pengganggu' secara tidak langsungnya seperti berpakat dengan parti itu.
Dakwaan komplot itu tersebar di media sosia sejak beberapa hari lalu, tetapi ia dinafikan oleh Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Sementara itu, Fadzli turut diminta mengulas 'kebimbangan' bekas exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa terhadap peningkatan kes-kes yang dibawa ke mahkamah berkaitan pentadbiran PAS Kelantan.
"Ada kes lama dan ada kes baru, kebanyakkan kes itu belum diputuskan dan kita tak tahu siapa yang bersalah, mungkin kerajaan Kelantan akan menang kes itu.
"Jadi biasa kerajaan negeri yang banyak agensi-agensi yang melakukan perniagaan dengan pihak swasta dan yang lain-lainnya yang berhadapan dengan kes sebegini. Bukan kes baru, ada kes yang sudah lama di zaman Tok Guru (Allahyarham Datuk Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya.
Husam merujuk kepada kes saman firma Dae Hanguru Infra Sdn Bhd dalam samannya ke atas anak syarikat kerajaan negeri - Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan kes arahan menteri besar pada 2013, dalam satu minit mesyuarat, serta beberapa kes lain lagi.
Husam yang kini menyertai Amanah membuat perbandingan pentadbiran di bawah Nik Aziz dan menteri besar sekatang, Datuk Ahmad Yakob.
"Tak boleh dibuat perbandingan kerana saya exco zaman Tok Guru yang di zaman Datuk Husam pun jadi exco. Saya boleh melihat ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
"Kita tak boleh melihat kelemahan satu-satu pentadbiran itu kerana banyaknya kes semata-mata tanpa melihat latar belakang kes itu sendiri," katanya sambil menambah pentadbiran di bawah Ahmad berjalan dengan baik.
Demikianlah Artikel Amanah rugi jika komplot dengan Umno jatuhkan PAS di Kelantan
Sekianlah artikel Amanah rugi jika komplot dengan Umno jatuhkan PAS di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Amanah rugi jika komplot dengan Umno jatuhkan PAS di Kelantan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/amanah-rugi-jika-komplot-dengan-umno.html