Judul : Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang: Dr Rais
link : Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang: Dr Rais
Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang: Dr Rais
Tan Sri Dr Rais Yatim. – Gambar fail NSTP/Luqman Hakim Zubir
KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menasihatkan beliau supaya menjauhi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang apatah lagi bekerjasama dengan pemimpin DAP itu.
Rais yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46 (S46), berkata Dr Mahathir meminta beliau tidak bekerjasama dengan Kit Siang pada 1993.
Bagaimanapun katanya, kini bekas Perdana Menteri itu yang bekerjasama dengan Kit Siang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).
“Pada 1993, S46 dan DAP adalah sekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tun Mahathir jumpa saya dan minta jangan bersekongkol dengan DAP kerana Kit Siang anti-Melayu dan Islam.
“Kini beliau pula bersekongkol dengan Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Saya mahu tanya, adakah Tun Mahathir lupa nasihat dia kepada saya, ” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang Media Penganjuran Kongres Budaya 2017, di Bilik Mesyuarat Pejabat Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, di Plaza Sentral, pada Isnin.
Demikianlah Artikel Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang: Dr Rais
Sekianlah artikel Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang: Dr Rais kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang: Dr Rais dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/dr-mahathir-nasihat-saya-jauhi-kit.html