Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian

Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian
link : Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian

Baca juga


Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian

Bernama

Ezzah Azmi (kiri), Nur Afiqah Elia Mohd Nazim (tengah) dan Siti Nur Husna (kanan) antara pelajar Malaysia yang ditahan di Mesir berhubung masalah visa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad. – Gambar Bernama

SEPANG – Seorang daripada penuntut program pengajian al-Quran di Mesir yang dihantar pulang ke Malaysia kerana tidak mempunyai visa, merayu bantuan semua pihak untuk membolehkannya menamatkan pengajian tahfiznya.

Pelajar perempuan Nur Afiqah Elia Mohd Nazim, 21, berasal dari Shah Alam berkata, beliau sudah setahun dua bulan berada di Mesir dan pada tahun pertama pengajiannya, beliau tidak menghadapi sebarang masalah dengan visa.

“Saya dan pelajar lain sudahpun memohon visa sejak Disember, namun masih belum menerima sebarang jawapan. Saya harap pihak yang berkenaan dapat membantu saya dan pelajar lain mendapatkan visa dan pulang ke Mesir.

“Kasihanilah kami. Kami ingin menuntut ilmu hingga tamat,” katanya kepada pemberita sambil menangis ketika ditemui sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini pada Ahad.

Nur Afiqah Elia merupakan seorang daripada 19 pelajar kumpulan pertama daripada 104 pelajar Markaz Tahfiz Makkah AlMukaramah yang terpaksa pulang kerana masalah visa.

Sementara itu, pengasas markaz berkenaan, Nor Anisah Abdul Malek ketika ditemui berkata daripada 19 pelajar yang pulang hari ini, 17 merupakan pelajar wanita dan selebihnya merupakan pelajar lelaki. Kesemua mereka berusia 10 hingga 23 tahun.

Pelajar yang lain akan pulang secara berperingkat dan berkumpulan esok. Program di markaz ini sudah berjalan selama 19 tahun dan selama ini kami tidak pernah ada masalah mengenai visa seperti yang timbul baru-baru ini, katanya lagi.

Baru-baru ini Bernama melaporkan seramai 126 pelajar Malaysia yang bersekolah di sebuah maahad tahfiz di AlSharqia Mesir ditahan polis negara itu pada 27 Feb lalu berhubung kesalahan visa pelajar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mohd Husaini Zainuddin berkata, pada 28 Feb National Security Service (NSS) Mesir memutuskan 104 daripada pelajar itu akan dihantar pulang manakala selebihnya dibebaskan.

Beliau berkata pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah percaya kegagalan pusat pengajian itu berdaftar dengan Sektor Sekolah Al-Azhar menyebabkan pihak berkuasa Mesir tidak memberi visa kepada kumpulan pelajar berkenaan.



Demikianlah Artikel Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian

Sekianlah artikel Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar dihantar pulang dari Mesir rayu bantuan tamatkan pengajian dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/pelajar-dihantar-pulang-dari-mesir-rayu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :