Judul : Selesaikan masalah secara tertutup dan berhemah
link : Selesaikan masalah secara tertutup dan berhemah
Selesaikan masalah secara tertutup dan berhemah
OLEH AFIX REDZUANCHERAS: Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin menggesa semua pihak menyelesaikan segala perselisihan secara tertutup menerusi perbincangan bersama dan menumpukan gerak kerja menjelang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).
Katanya, sebelum ini pelbagai masalah berjaya diselesaikan secara berhemah bukannya terus berbalah secara terbuka.
“Ini bukan masanya untuk kita berbalah secara terbuka. Saya menganjurkan semua pihak dan pimpinan duduk berbuncang dan meletakkan kepentingan negara serta rakyat sebagai agenda utama pada PRU-14.
“Perkara ini elok dibincangkan secara tertutup dengan pimpinan dan saya yakin sebelum ini banyak isu lebih besar berjaya diselesaikan.
“Penyelesaian perlu dibuat secara baik, bersopan serta tertutup,” katanya.
Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS di beberapa kawasan termasuk Kuala Selangor meluluskan usul memutuskan hubungan kerjasama dengan KEADILAN atas beberapa faktor.
Sehingga kini, dalam kepimpinan Kerajaan Selangor, tiga daripada jawatan exco negeri dipegang oleh PAS.
-NFN-
Demikianlah Artikel Selesaikan masalah secara tertutup dan berhemah
Sekianlah artikel Selesaikan masalah secara tertutup dan berhemah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Selesaikan masalah secara tertutup dan berhemah dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/selesaikan-masalah-secara-tertutup-dan.html