Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor

Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor
link : Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor

Baca juga


Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

IMG_1285


KUALA SELANGOR: Kerajaan Negeri tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal seluruh Selangor, kata Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, komitmen itu dilaksanakan bagi memastikan nilai estetika hutan di negeri itu kekal terpelihara selaras dasar sedia ada yang dilaksanakan, sejak 2009.

“Kawasan hutan mempunyai estetika tidak ternilai seperti sungai, air terjun, jeram dan pembentukan batu yang unik, tanah lembab, flora dan fauna yang mampu menjadi destinasi pelancongan tempatan juga antarabangsa.

AZMIN

“Selaras hal ini, Kerajaan Negeri melaksanakan dasar pembalakan ‘monitoring’ selama 25 tahun dengan tidak membenarkan sebarang aktiviti pembalakan di dalam hutan simpan kekal,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika berucap pada Program Tanam Pokok di Taman Alam sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Selangor 2017, pada 25 Mac lalu.

Terdahulu, Kerajaan Negeri tidak lagi mengeluarkan lesen pembalakan komersial sejak dasar moratorium 25 tahun memberhentikan pembalakan komersial diperkenalkan, pada tahun 2009.

Menyokong kepada usaha itu, Mohamed Azmin berkata, 250,129 ekar atau 31.5 peratus kawasan hutan di Selangor diwartakan sebagai hutan simpan kekal.

Beliau berkata, ia satu dasar yang ditetapkan dengan keluasan hutan simpan kekal di Selangor tidak boleh kurang dari 30 peratus berbanding keluasan tanah yang ada.

Tidak terhenti setakat itu, katanya, polisi pengurusan dan pemuliharaan pokok di negeri berkenaan turut diwujudkan sebagai inisiatif menjayakan hasrat terbabit.

“Untuk tempoh ini, kita menjalinkan kerjasama bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan menyediakan polisi pengurusan dan pemuliharaan pokok di seluruh Selangor.

“Polisi ini membuktikan usaha Kerajaan Negeri terhadap aktiviti pemulihan dan pemeliharaan pokok oleh pihak berkuasa tempatan Selangor dilaksanakan mengikut amalan agrikultur terbaik,” katanya.-NFN



Demikianlah Artikel Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor

Sekianlah artikel Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal Selangor dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/03/tiada-aktiviti-pembalakan-di-hutan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :