Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis

Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis
link : Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis

Baca juga


Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Dialog antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz hanya retorik serta tidak memanfaatkan orang ramai, kata penganalisis politik, Dr Baharuddin Aziz.
 
"Tiada apa yang kita akan perolehi daripada debat itu kerana ianya debat tinggal debat sahaja dan ramai tahu tentang latar belakang Tun Mahathir macam mana.
 
"Beliau pernah dikenali sebagai 'Mr U-turn' dan juga seorang hipokrit," ujarnya ketika dihubungi Antarapos. 
 
Baharuddin juga tidak terkejut dengan pembatalan dialog di antara tokoh politik itu kerana berpendapat kedua-duanya tidak mempunyai sebarang kredibiliti dan 'Locus Standi' untuk berdialog.
 
"Apa lagi yang nak diperbincangkan oleh Tun Mahathir, beliau sudah hilang kredibiliti dan yang kedua Datuk Seri Nazri adalah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, beliau tiada locus standi. 
 
"Dan bukan orang yang sesuai untuk berdebat dengan Tun Mahathir," kata beliau.
 
Justeru kata Baharuddin, pembatalan oleh pihak polis itu tidak sepatutnya dijadikan isu kerana apa yang patut diutamakan adalah personaliti pendebat berkenaan. 
 
"Dari sudut pembatalan oleh pihak polis ianya tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah personaliti yang ingin berdebat itu tidak sesuai.
 
"Jika mereka ingin berdebat juga, mereka boleh berdebat tentang tajuk yang sesuai seperti 'Retorik Politik dalam memesongkan orang ramai'," ujarnya. 
 
Dialog yang sepatutnya berlangsung pada 7 April ini yang melibatkan Dr Mahathir dan Nazri, dibatalkan oleh pihak polis atas alasan keselamatan, tambahan pihak polis menerima 18 laporan daripada orang ramai yang membantah debat tersebut.
 
Sebelum ini penganjuran debat yang dijadualkan berlaku pada 25 mac di MRSM Sultan Azlan Shah, Padang Rengas, Perak juga dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.
 
 


Demikianlah Artikel Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis

Sekianlah artikel Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dialog Tun M-Nazri buang masa, kata penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/dialog-tun-m-nazri-buang-masa-kata.html

Subscribe to receive free email updates: