RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim

RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim
link : RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim

Baca juga


RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Hanya Allah SWT yang layak menilai usaha PAS dalam membawa cadangan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
 
Itu jawapan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin apabila mengulas 'kekaburan' bersabit pembentangan RUU 355 itu, memandangkan sidang Dewan Rakyat akan berakhir pada Khamis ini.
 
"Pada PAS, apa sahaja keputusan atau apa sahaja berlaku, tidak kira sama ada kita bentang dan diterima, atau kita bentang dan ditolak, atau tidak boleh bentang langsung, kita tak rugi apa-apa. 
 
"Kita sudah buat kerja kita, setakat kuasa yang kita ada. Ada hujah kita dengan Allah SWT," katanya kepada Antarapos, selepas merasmikan Mesyuarat PAS Kawasan Gombak di Taman Melewar, hari ini.
 
Malah beliau juga yakin usaha PAS itu turut mendapat sokongan pelbagai pihak, termasuk di kalangan wakil rakyat kerajaan yang beragama Islam.
 
"Sebelum ini kita sudah minta mereka yang beragama Islam menyokong RUU ini. Kelmarin saya ada berjumpa seorang ahli parlimen dan berkata ada orang datang untuk minta beliau sokong, dan katanya beliau sudah sokong lama. Itu ahli parlimen daripada Barisan Nasional (BN)," ujarnya, namun tidak menamakan wakil rakyat BN yang dimaksudkan itu.
 
Rabu lalu, Barisan Nasional (BN) membuat keputusan untuk tidak membentangkan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 atau RUU 355 di Dewan Rakyat. 
 
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diterajui Pengerusinya, Datuk Seri Najib Razak, selaras amalan gagasan berkenaan dalam membuat sebarang keputusan berdasarkan konsensus bersama parti komponen.
 
Sehubungan dengan keputusan itu, RUU 355 kekal menjadi usul persendirian PAS yang akan dibentangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pada bila-bila masa sehingga Khamis ini.
 
Harapan untuk PAS membentangkan RUU 355 juga nampak malap apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada semalam menyatakan keyakinannya bahawa pengundian usul pindaan itu tidak akan dibuat pada sesi kali ini.
 
Hashim, ketika diajukan hal ini bagaimanapun menyerahkan segala keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
 
Dalam masa yang sama, Hashim juga mengulas gesaan Datuk Husam Musa supaya Hadi dan pimpinan jawatankuasa PAS meletakkan jawatan dengan segera atas dakwaan kegagalan membentangkan RUU 355.
 
"Beliau (Husam) tidak ada hak untuk campur tangan apa yang berlaku dalam PAS.
 
"Beliau sudah (keluar dari PAS). Dan kami tahu apa yang kami hendak buat. Muktamar yang akan tentukan," tegasnya menjawab gesaan Husam.
 
Husam, yang juga bekas naib presiden PAS dan kini menjadi Penasihat Amanah Kelantan menempelak kegagalan PAS membentangkan RUU 355 yang selama ini rancak diusahakan.
 
Gesaan itu juga timbul rentetan perkembangan terbaru membabitkan keputusan kerajaan untuk tidak mengambil alih RUU berkenaan.
 
RUU 355 pertama kali dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
 
Ahli Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lalu meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.
 
 


Demikianlah Artikel RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim

Sekianlah artikel RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RUU 355: Hanya Allah SWT layak nilai usaha PAS - Hashim dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/ruu-355-hanya-allah-swt-layak-nilai.html

Subscribe to receive free email updates: