Judul : Nanyang Siang Pau dapat surat tunjuk sebab dari KDN
link : Nanyang Siang Pau dapat surat tunjuk sebab dari KDN
Nanyang Siang Pau dapat surat tunjuk sebab dari KDN
ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Nanyang Siang Pau berhubung karikatur berunsur menghina Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini, berkata akhbar berkenaan diberi masa selama tiga hari bagi menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.
Ujarnya juga, perbuatan itu mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kerana menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian dan prasangka buruk terhadap orang atau kaum lain.
"Ia juga secara tidak langsung seolah-olah mempersendakan Parlimen dan agama Islam kerana Rang Undang-undang (RUU) 355 yang digambarkan dalam karikatur itu adalah berkait dengan hal ehwal agama Islam.
"Sehubungan itu, satu surat tunjuk sebab bertarikh hari ini (11 April 2017) dikeluarkan kepada akhbar harian berkenaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
"Penerbit Nanyang Siang Pau Sdn Bhd diberi tempoh tiga hari untuk menjawab surat tunjuk sebab ini dan tindakan selanjutnya akan diambil berdasarkan peraturan serta prosedur yang ditetapkan," katanya.
Nanyang Siang Pau pada Sabtu lalu menyiarkan karikatur dua ekor monyet, merujuk kepada Abdul Hadi dan Pandikar Amin.
Karikatur yang disiarkan dalam versi cetak dan online bertajuk 'Akta Monyet' menunjukkan seekor monyet bersongkok dan dilabelkan sebagai 'speaker' manakala seekor lagi memakai serban bertenggek di pokok ‘Akta 355’.
Ia diterbitkan dua hari selepas Abdul Hadi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada Khamis lalu.
Akhbar itu bagaimanapun semalam telah membuat permohonan maaf dan menyatakan karikatur yang turut disiarkan di laman web berita di eNanyang.my telah ditarik balik.
Demikianlah Artikel Nanyang Siang Pau dapat surat tunjuk sebab dari KDN
Sekianlah artikel Nanyang Siang Pau dapat surat tunjuk sebab dari KDN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Nanyang Siang Pau dapat surat tunjuk sebab dari KDN dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/nanyang-siang-pau-dapat-surat-tunjuk.html