Judul : Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin
link : Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin
Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin
Oleh Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak perlu berlengah-lengah untuk mendedahkan bukti dakwaannya mengenai penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada seorang tokoh rapat dengan pemimpin PAS.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Rafizi perlu berbuat demikian selepas beberapa kali dakwaannya sebelum ini gagal dibuktikan.
"Tuduhan Rafizi itu, dia kena tunjukkan bukti segera, tunggu apa lagi. Sebutlah nama (pemimpin yang dimaksudkan) terus.
"Dan PAS tak perlu respon apa-apa. Dia (Rafizi) hanya menyebut tentang orang yang dikaitkan dengan PAS. Sebutlah nama dulu," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi hari ini.
Kata Khairuddin, tindakan Rafizi itu menggambarkan dirinya sebagai seorang 'kartun politik'.
"Mula-mula dia sebut orang itu yang rapat dengan PAS, kemudian dia sebut pula bekas pimpinan PAS. Selepas ini tak tahu apa lagi yang dia nak sebut. Itulah kartun politik.
"Rafizi tiada kredibiliti untuk bercakap perkara seumpama ini, dia sudah banyak kali berbohong, dan orang yang berbohong tak boleh dibawa berhujah. Rakyat tak perlu dengar cakap Rafizi yang bersifat tuduhan," kata beliau lagi.
Ketika ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan terhadap pemimpin PKR itu, Khairuddin berkata, parti itu buat masa ini belum bercadang mengambil sebarang tindakan undang-undang sehinggalah Rafizi tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya.
Terdahulu, Rafizi dalam satu kenyataannya berkata akan mendedahkan kepada umum nama tokoh yang dikaitkan dengan penyaluran dana 1MDB itu dalam masa terdekat.
Malah, Ahli Parlimen Pandan itu turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar badan berkenaan dapat merujuk kembali kertas siasatan kes itu.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai satu pembohongan semata-mata dan meminta pemimpin PKR itu untuk segera bertaubat.
Demikianlah Artikel Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin
Sekianlah artikel Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi tak perlu berlengah dedah bukti - Khairuddin dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/rafizi-tak-perlu-berlengah-dedah-bukti.html