Judul : Rafizi perlu dedah bukti segera - Xavier
link : Rafizi perlu dedah bukti segera - Xavier
Rafizi perlu dedah bukti segera - Xavier
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar menggesa Rafizi Ramli agar mendedahkan bukti dakwaannya berhubung penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada seorang tokoh rapat dengan pemimpin PAS.
Menurut Xavier, ia wajar dilakukan segera agar persoalan mengenainya dirungkai dan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas dakwaan berkenaan.
"Sekarang ini mereka nak cabar mencabar antara satu sama lain ini, cabar-cabar sahaja tapi saya tidak tahu kedudukan betul atau tidak betul dan sebagainya.
"Lebih baiklah pihak tertentu yang mempunyai butiran-butiran ini dedahkan sahaja lah kepada kita. Selepas itu, kita boleh baca dan selanjutnya tindakan sewajarnya boleh diambil.
"Untuk cabar mencabar ini semua ialah untuk kita adakan satu persepsi bahawa terdapat satu kesalahan yang telah berlaku. Yang kita tahu ini selepas Rafizi buat kenyataan tentang PAS dan 1MDB," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Baru-baru ini, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR dalam satu kenyataan berkata akan mendedahkan kepada umum nama tokoh berkenaan dalam masa terdekat.
Malah, Ahli Parlimen Pandan itu turut akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar badan berkenaan dapat merujuk kembali kertas siasatan kes itu.
Tambah Xavier lagi, pendedahan oleh Rafizi penting agar siasatan dapat dilakukan, seterusnya membolehkan rakyat tahu mengenai hal sebenar berhubung isu yang dibangkitkan ini.
Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan dakwaan Rafizi sebagai satu pembohongan semata-mata dan meminta pemimpin PKR itu untuk segera bertaubat.
Demikianlah Artikel Rafizi perlu dedah bukti segera - Xavier
Sekianlah artikel Rafizi perlu dedah bukti segera - Xavier kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rafizi perlu dedah bukti segera - Xavier dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/04/rafizi-perlu-dedah-bukti-segera-xavier.html