Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM

Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM
link : Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM

Baca juga


Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang perlu berhati-hati dalam ucapan atau kenyataannya, jika tidak mahu lagi dituduh mahukan jawatan perdana menteri.
 
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata demikian mengulas 'kehairanan' Kit Siang bahawa orang ramai mempercayai dakwaan bahawa dirinya beria-ia mahu menjadi perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
 
"Pada saya kenyataan yang dikeluarkan oleh pembangkang, terutama DAP perlu ambil kira realiti semasa dan sensitiviti masyarakat majoriti, terutama Melayu. Supaya ia tidak lagi timbul masalah, rungutan dan kritikan terhadap apa jua kenyataan yang boleh dikatakan bahawa ia timbul dari hasrat pemimpin pembangkang," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Kit Siang ketika berucap di majlis makan malam DAP Subang, Ahad lalu menyelar fitnah yang didakwa dilakukan oleh tentera siber Umno-Barisan Nasional (BN) yang berterusan mengatakannya sebagai anti-Melayu, anti-Islam, dalang kejadian 13 Mei 1969, komunis dan menjadi tali barut untuk kuasa asing.
 
Malah Kit Siang juga menafikan menguasai keseluruhan Pakatan Harapan (PH) dan menjadikan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain sebagai bonekanya.
 
Bukan itu sahaja Ahli Parlimen Gelang Patah itu pelik bagaimana dirinya dituduh mahukan jawatan perdana menteri, dan kemudiannya mahu mengangkat anaknya, Lim Guan Eng sebagai timbalan perdana menteri.
 
Bercakap lebih lanjut, Martadha yang juga pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata kaum Melayu semestinya tidak senang dengan ura-ura jawatan perdana menteri itu akan disandang oleh bukan Melayu.
 
"Walaupun kita lihat dalam perlembagaan Malaysia bahawa jawatan PM tidak mengatakan perlu ada lantikan daripada orang Melayu.
 
"Kadangkala kenyataan yang dikeluarkan yang memohon untuk menjadi PM, atau bahawa mereka ingin meminta kerusi itu perlu diberikan kepada mereka, adalah perkara yang mungkin tidak sensitif dengan budaya dan geopolitik di negara kita," ujarnya lagi.
 
Selain jawatan perdana menteri, DAP juga sebelum ini didakwa mengintai jawatan timbalan perdana menteri jika gabungan pembangkang itu berjaya memenangi PRU14 nanti.
 
Ia didedahkan oleh Pengerusi Parti Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal Januari lalu, yang kemudiannya pantas dinafikan DAP, dengan memberi alasan ia akur bahawa kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini, namun meletakkan harapan bagi mengisi jawatan itu.
 
 


Demikianlah Artikel Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM

Sekianlah artikel Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hati-hati dalam ucapan jika tak mahu dituduh mahukan jawatan PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/hati-hati-dalam-ucapan-jika-tak-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: