Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua

Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua
link : Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua

Baca juga


Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA TERENGGANU: "Mohon maaf atau dikenakan tindakan undang-undang", itu kata dua yang diberikan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu, Wan Abd Malik Wan Sidek terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
 
Wan Abd Malik berkata tindakan Rafizi mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap institusi kehakiman syariah baru-baru ini merupakan satu penghinaan kepada institusi itu serta hakim-hakim mahkamah syariah.
 
Tuduhan tidak berasas itu juga katanya, mampu mewujudkan kekeliruan serta mengurangkan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kehakiman syariah sekali gus merendahkan martabat hakim-hakim mahkamah syariah.
 
"Jadi kita minta Rafizi menarik balik kenyataan itu atau memohon maaf secara terbuka. Kita berikan tempoh masa sebulan untuknya berbuat demikian sebelum tindakan undang-undang diambil.
 
"Ia juga satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu yang telah melantik hakim mahkamah syariah sekal igus merendahkan reputasi mereka di mata masyarat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu hari ini.
 
Wan Abd Malik membuat laporan polis terhadap Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berikutan kenyataan yang dibuat Rafizi dalam program 'Parlimen Olok-olok' pada 10 April lepas, bahawa pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 1965 (RUU 355) yang dibentang Ahli Parlimen Marang, yang tidak menyentuh soal kenaikan gaji hakim mahkamah syariah akan meningkatkan risiko pengambilan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan hakim mahkamah syariah.
 
Jelasnya ini juga bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada Rafizi agar tidak bermulut celupar dengan mudah melakukan penghinaan terdapat mana-mana organisasi.
 
Wan Abd Malik yang juga Ahli Persatuan Pegawai-pegawai Syariah Seluruh Malaysia menegaskan perkara berkaitan agama tidak sepatutnya dipolitikkan dan kenyataan yang dikeluarkan itu (oleh Rafizi) adalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.
 
"Laporan ini dibuat kerana kenyataan Rafizi itu merupakan satu serangan ke atas integriti institusi kehakiman syariah dan perlu disiasat di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan kerana memfitnah," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua

Sekianlah artikel Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hina mahkamah syariah: Rafizi diberi kata dua dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/hina-mahkamah-syariah-rafizi-diberi.html

Subscribe to receive free email updates: