Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II

Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II
link : Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II

Baca juga


Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II

 
PSMCK membuat penemuan ke-3 terbesar tahun ini apabila temui 4 makam di Anak Bukit


kedah)kubur)sultan


ALOR SETAR: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) membuat penemuan ke-3 terbesar tahun ini apabila 4 lagi kubur termasuk dipercayai makam Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak ditemukan di Anak Bukit.

Pengerusi PSMCK Datuk Wan Samsudin Wan Yusof berkata, penemuan makam dianggarkan berusia 239 tahun oleh beberapa ahli persatuan itu dibuat pada 26 Mac lalu, sebelum pihaknya mula membuat beberapa tinjauan awal.

“Sultan Muhammad Jiwa memerintah Kedah dari 1710 hingga 1778 dan beliau membuka 2 kota
pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit,” katanya kepada Bernama di lokasi penemuan.

Wartawan Bernama yang berkesempatan ke lokasi melihat 2 daripada kubur itu mempunyai binaan kepok (binaan pusara) yang terdiri daripada lapisan batu bata yang agak tinggi dan terletak bersebelahan dipercayai makam pasangan diraja berkenaan.

Satu lagi kubur yang berada bersebelahan makam Sultan Muhammad Jiwa pula mempunyai binaan kepok memanjang, namun lebih rendah dan dipercayai milik pembesar pada zaman itu, manakala 1 lagi kubur tidak dapat dikenal pasti identitinya.

Wan Samsudin berkata, pihaknya masih belum menemui apa-apa tulisan pada batu nisan berkenaan dan masih melakukan kajian mendalam mengenainya.

Seorang penyelidik PSMCK Syamsyul Anuar Ismail, berkata berdasarkan rekod geneaologi Kesultanan Kedah oleh Christopher Buyers, Sultan Muhammad Jiwa mangkat pada 20 September 1778 dan dimakamkan di Kota Setar, bagaimanapun makamnya tidak ditemui sehingga kini.

“Daripada pengalaman saya dalam kajian batu Acheh, berdasarkan bentuk, jenis dan saiz; batu nisan di Anak Bukit inilah yang paling besar pernah dijumpai di Kedah.

“Nisan tersebut biasanya dipanggil sebagai batu Acheh, semua batu nisan Acheh diimport ke sini dari Acheh dan dijual kepada golongan atasan dan bangsawan, rakyat biasa hanya guna nisan kayu atau batu sungai,” katanya.

Pada 23 Mac lepas, PSMCK menemui makam dipercayai milik Sultan Kedah ke-16 Sultan Ataullah Muhammad Shah di Bukit Pinang, kira-kira sebulan selepas menemui makam Sultan Kedah ke-14 Sultan Muhyiddin Mansur Shah di Kampung Chegar, Mukim Jeram, Tunjang.



Demikianlah Artikel Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II

Sekianlah artikel Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kedah temui makam Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kedah-temui-makam-sultan-muhammad-jiwa.html

Subscribe to receive free email updates: