Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS?

Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS? - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS?
link : Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS?

Baca juga


Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS?

 
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pemimpin-pemimpin Umno dan BN sedar mereka kehilangan keyakinan dan sokongan majoriti rakyat Malaysia.


lim-kit-siang-umno-pas 

PETALING JAYA: Di sebalik kerancakan arena politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Lim Kit Siang menyoal sama ada Umno sanggup menyerahkan 40 kerusi Parlimen dan kuasa di 5 negeri kepada PAS.

Ketua DAP di Parlimen itu berkata, persoalan yang memerlukan jawapan sama ada Umno, yang dilihat menjalin hubungan mesra dengan PAS, sanggup berbuat demikian bagi memenuhi matlamat parti Islam itu.

“Keadaan politik dari hari ke hari semakin jelas, misalnya, resolusi dan keputusan Muktamar PAS dan Majlis Syura baru-baru ini.

“Persoalan terbaru yang muncul dalam arena politik menunggu jawapan. Satu persoalan itu ialah sama ada Umno akan serahkan kepada PAS sebanyak 40 kerusi Parlimen dan 5 kerajaan negeri dipimpin PAS yang telah isytiharkan sebagai objektif mereka dalam PRU14,” kata beliau.

Khamis lalu, Majlis Syura Ulama PAS telah memutuskan kerjasama politik parti itu dengan PKR.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada satu majlis di Skudai, Johor malam tadi.

Sebelum ini, laporan media mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyasarkan mahu menawan 5 negeri dan 40 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Hadi menyangkal berita yang tular di media sosial melaporkan beliau mahu PAS meguasai negeri tertentu dan selebihnya diberikan kepada Umno.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan pula mendakwa jika video yang sedang tular di media sosial itu tepat, maka ia membuktikan wujudnya hubungan politik antara PAS dan Umno.

Salah satu daripada 5 negeri yang disasarkan itu adalah Selangor.

Bekas ketua pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, walaupun matlamat besar parti itu untuk menawan seluruh negara, PAS perlu meletakkan sasaran yang realistik berdasarkan kemampuan parti termasuk jentera yang ada.

PAS yang mahu bertindak sebagai blog ke-3 juga dilaporkan akan meletakkan calon di lebih 80 kerusi Parlimen.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, pemimpin-pemimpin Umno dan BN sedar bahawa mereka kehilangan keyakinan dan sokongan majoriti rakyat Malaysia termasuk kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu.

Sebaliknya, kata beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pakar propaganda termasuk ‘cybertrooper’ mereka cuba membalikkan arus pendapat umum, sebaliknya membawa mesej politik penipuan, ketakutan dan kebencian bahawa jika Umno kalah pilihan raya umum, orang Melayu akan kehilangan kuasa politik dan orang Cina akan memerintah negara ini.

“Sebab dan akal boleh menafikan pembohongan, kebencian dan ketakutan ini.

“Itulah sebabnya ahli strategi Umno dan propaganda mereka tidak mahu orang ramai menghabiskan masa dengan alasan dan menganalisis kebenaran atau sebaliknya menerima politik pembohongan, kebencian dan ketakutan.”

Justeru beliau menyoal “sama ada 3 setengah juta ahli Umno dan sejuta ahli PAS akan melihat politik pembohongan, benci dan takut ini.”

“Ini akan menjadi satu ujian besar dalam PRU14.”



Demikianlah Artikel Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS?

Sekianlah artikel Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kit Siang: Umno sanggup serah 40 kerusi Parlimen, 5 negeri kepada PAS? dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/kit-siang-umno-sanggup-serah-40-kerusi.html

Subscribe to receive free email updates: