India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China

India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China
link : India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China

Baca juga


India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China

 
New Delhi beri amaran negara yang terlibat dalam rancangan 'Laluan Sutera' Beijing akan dibebani 'hutang tidak mampan'.


Gopal-Baglay-china-india

India tidak menghantar delegasi rasmi ke Forum “Belt and Road” di Beijing sebaliknya mengkritik insiatif global China, memberi amaran negara terlibat akan dibebani “hutang tidak mampan”.

Presiden China Xi Jinping sedang meraikan berpuluh pemimpin dunia dan pegawai kerajaan kanan hari ini dalam pertunjukan diplomatik terbesar tahun ini, berkongsi wawasan “Laluan Sutera” baharu yang membuka laluan perdagangan ke serata dunia.

Pegawai kerajaan dari New Delhi tidak pergi, kata para pegawai kerajaan India, walaupun sarjana dari badan pemikir India diterbangkan ke Beijing untuk menyertai beberapa mesyuarat di forum itu.

Jurucakap menteri luar India Gopal Baglay ketika ditanya sama ada New Delhi menyertai sidang kemuncak itu berkata, India tidak boleh menerima projek yang menjejaskan kedaulatannya.

India marah salah satu projek utama “Belt and Road” merentasi Kashmir dan Pakistan. Kedua-dua seteru bersenjata nuklear ini pernah berperang 2 daripada 3 perang mereka untuk rantau itu.

“Tiada negara boleh terima projek yang tidak menghiraukan kebimbangan terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah,” kata Baglay.

Beliau juga memberi amaran mengenai bahaya hutang. Antara kritikan terhadap rancangan Laluan Sutera adalah negara tuan rumah mungkin terbeban untuk membayar semula pinjaman bagi projek prasarana besar yang sedang dijalankan dan dibiaya syarikat dan bank China.

“Inisiatif ketersambungan mesti mengikut prinsip tanggungjawab kewangan untuk mengelakkan projek yang akan mewujudkan beban hutang tidak mampan kepada masyarakat,” kata Baglay.

Kritikan New Delhi terhadap insiatif “Belt and Road” terbit di kala Xi berikrar memperuntukkan AS$124 bilion untuk rancangan itu, dan menyeru model lama berdasarkan persaingan dan permainan kuasa diplomatik diabaikan.

Pemimpin dari 29 negara dan delegasi kementerian daripada banyak lagi negara menghadiri forum di Beijing, termasuk negara jiran India – bukan sahaja Pakistan tetapi juga Sri Lanka dan Nepal.

Baglay berkata India menyokong ketersambungan yang lebih meluas di serata rantau ini dan menyenaraikan inisiatif yang melibatkannya, termasuk projek lebuhraya dan koridor Utara-Selatan di Asia Tengah, tetapi beliau berkata ia perlu dibangunkan secara telus.

“Kami percaya inisiatif ketersambungan mesti berdasarkan norma antarabangsa yang diiktiraf secara universal, tadbir urus yang baik, kedaulatan undang-undang, keterbukaan, ketelusan dan kesaksamaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain koridor merentasi Pakistan, India juga bimbang mengenai peluasan ekonomi dan diplomasi China di Asia, khususnya di negara dan laluan air yang dianggap berada dalam lingkungan pengaruhnya



Demikianlah Artikel India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China

Sekianlah artikel India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel India: Negara mungkin terbeban bayar semula pinjaman China dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/india-negara-mungkin-terbeban-bayar.html

Subscribe to receive free email updates: