Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU

Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU
link : Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU

Baca juga


Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU

 
Melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua Umno dan PAS, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.


Tengku-Razaleigh-pas-umno 

PETALING JAYA: Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan Umno dan PAS boleh mengulangi kerjasama politik yang pernah disaksikan lebih empat dekad lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setakat ini kedua-dua parti itu hanya menjalin kerjasama bukan politik membabitkan aspek berkaitan dengan agama.

Melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua Umno dan PAS, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.

“Atas dasar kerajaan, ada sesetengah perkara disokong PAS. Jadi, apa salahnya kalau diwujudkan kerjasama di medan politik seperti PRU sekiranya ia tidak merugikan kedua-dua pihak,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.

Bagaimanapun, pemimpin yang popular dengan panggilan Ku Li berkata, isunya adalah sama ada kerjasama politik boleh diterima atau sebaliknya.

“Tetapi, sama ada orang bawahan boleh terima atau tidak. Itu juga bergantung kepada pembahagian kerusi dan calon. Ini semua perlu diteliti oleh peringkat atas,” kata beliau yang pernah mengetuai parti Semangat 46, yang ditubuhkan susulan perpecahan dalam Umno pada akhir 1980-an.

Parti itu pernah menjalin kerjasama politik dengan PAS dan menentang Umno, parti teras dalam Barisan Nasional (BN).

Ujar Tengku Razaleigh, walaupun beliau tiada masalah dalam kerjasama itu, namun di peringkat bahagian Gua Musang ada situasi tidak menyokong.

“Nak kata sokong, bahagian tidak menyokong. Namun, tak ada salah kalau bekerjasama termasuk dengan parti lain sekalipun, tiada beza untuk pilihan raya andai ia memberi manafaat kepada parti kita.

“Di Gua Musang misalnya, sekiranya ada kerjasama yang membawa kepada tiada pertandingan, ia tidak memberi faedah kepada pihak yang terlibat. Dari sudut lain, banyak lagi kena kaji,” katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.

Sebelum ini, PPBM dakwa pihaknya yakin yang PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk berdepan dengan Pakatan Harapan dalam PRU14 walaupun parti Islam itu sudah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kerjasama PAS dengan Umno akan membawa kepada pembahagian kerusi pilihan raya antara dua parti terbabit dan perkara itu tidak diyakini boleh berlaku.

Kelmarin, Majlis Syura Ulama PAS mengesahkan kerjasama politik parti itu dengan PKR sudah berakhir, sekali gus memberi bayangan akan ada persaingan 3 penjuru ketika PRU14.

Dalam laporan terdahulu hari ini, Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui pertandingan 3 atau 4 penjuru antara parti utama pada PPRU14 akan memberi kemenangan kepada BN.

Bekas perdana menteri itu berkata, parti pembangkang yang bekerjasama di bawah Pakatan Harapan berkemungkinan besar menang jika pilihan raya hanya membabitkan mereka dan BN.

Bagaimanapun, katanya, ada parti lain yang kononnya akan menurunkan calon untuk melawan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN.

“Kesannya ialah pengundi yang berhasrat mengalahkan Najib akan berpecah 2 atau 3.

“Penyokong Najib, kerana sebab-sebab tertentu akan bersatu mengundi BN. Najib akan menang kerana berpecahnya undi pembangkang.

“Dengan perkataan lain, parti-parti yang memecahkan pengundi penentang sehingga pertandingan menjadi 3 atau 4 penjuru, sebenarnya menyokong BN dan Najib,” tulisnya dalam blognya semalam.

Sebelum ini, di sebalik pelbagai spekulasi mengenai hala tuju PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, pihaknya tidak akan bersama Pakatan Harapan mahupun menyertai BN, sekali gus memberi gambaran ia akan mengambil pendekatan sendiri menghadapi pilihan raya umum.

Hadi memberi analogi “menyertai BN laksana memikul biawak hidup” manakala “bahkan menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah.”

Dalam 2 pilihan raya umum lalu ia berganding dengan PKR dan DAP.

Datuk Seri Najib Razak, pengerusi BN dan presiden Umno ketika berada di Kelantan awal bulan lalu melahirkan harapan agar kerjasama bersama PAS akan berkekalan.

Pun begitu, penganalisis melihat PAS akan bekerjasama dengan Umno dalam PRU14.



Demikianlah Artikel Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU

Sekianlah artikel Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/ku-li-tidak-salah-jika-umno-pas-bentuk.html

Subscribe to receive free email updates: