Judul : Pengguguran Mustafa mungkin untuk bersihkan imej PAS, kata MT Umno
link : Pengguguran Mustafa mungkin untuk bersihkan imej PAS, kata MT Umno
Pengguguran Mustafa mungkin untuk bersihkan imej PAS, kata MT Umno
Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Sohaimi Shahadan tidak menolak kemungkinan 'pengguguran' Datuk Mustafa Ali daripada jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS adalah bertujuan membersihkan parti.
Menurutnya, Mustafa juga mungkin dianggap tidak lagi relevan menggalas jawatan berkenaan.
"Mungkin PAS mempunyai perancangannya tersendiri untuk menghadapi pilihanraya ke-14 dan Mustafa Ali mungkin dilihat tidak lagi relevan dengan jawatan itu.
"PAS ini pasti mempunyai strategi tersendiri. Kepimpinan tertinggi PAS pasti mempunyai strategi tersendiri dalam mengambil tindakan ini. Jadi, terpulang pada mereka untuk membuat pembersihan dan juga terpulang pada mereka untuk memastikan imej PAS ini terus dilihat bersih di mata rakyat," katanya kepada Antarapos.
Sohaimi menambah, 'pengguguran' Mustafa juga merupakan antara strategi parti itu untuk memperkukuhkan kedudukannya dalam persediaan menghadapi pilihan raya akan datang.
Sabtu lalu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan mengumumkan pengguguran Mustafa daripada jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS.
Mustafa kemudian dilantik sebagai Penasihat kepada presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS digantikan oleh Setiausaha Politik kepada Hadi, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Pelbagai spekulasi melatari lewat pengguguran Mustafa.
Mustafa sebelum ini pernah dikaitkan dengan skandal seks, apabila video miripnya bersama seorang wanita tersebar ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hampir menjelang beberapa tahun lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar pula menyifatkan pengguguran tersebut sebagai tindakan yang wajar lantaran jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pusat dianggap kritikal, sementara tokoh veteran itu pula dilihat sudah tidak relevan.
Demikianlah Artikel Pengguguran Mustafa mungkin untuk bersihkan imej PAS, kata MT Umno
Sekianlah artikel Pengguguran Mustafa mungkin untuk bersihkan imej PAS, kata MT Umno kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengguguran Mustafa mungkin untuk bersihkan imej PAS, kata MT Umno dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/pengguguran-mustafa-mungkin-untuk.html