PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang

PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang
link : PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang

Baca juga


PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang

 
PPBM negeri bagaimanapun menyerahkan perkara pengagihan kerusi kepada kepimpinan induk PH untuk diputuskan.


ppbm-dap
Penang PPBM chief Marzuki Yahya (second from left) with Penang DAP chairman Chow Kon Yeow after a meeting at the state DAP HQ at Rangoon Road today.


GEORGE TOWN: PPBM Pulau Pinang berminat untuk bertanding di 10 kerusi DUN Umno pada pilihan raya umum akan datang, selain 3 kerusi Parlimen yang diumumkan sebelum ini.

Pengerusi PPBM negeri Marzuki Yahya berkata walaupun begitu aspirasi mereka, ia menyerahkan perkara pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datng kepada majlis presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan.

“Kalau boleh, kami mahu mencabar semua 10 kerusi DUN milik Umno.”

“Kita akan tengok apa kata majlis presiden, tetapi baik kalau dapat sekurang-kurangnya 1 kerusi negeri,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Umno sekarang ini menduduki 3 kerusi Parlimen di Pulau Pinang – Kepala Batas, Tasek Gelugor dan Balik Pulau.

Kerusi DUN milik Umno di tanah besar adalah Sungai Dua, Permatang Berangan, Penaga, Sungai Acheh, Pinang Tunggal, Pulau Betong, Telok Ayer Tawar dan Bertam. Parti itu juga menduduki kerusi Bayan Lepas dan Teluk Bahang di pulau.

PPBM yakin dapat menembusi kawasan luar bandar, yang dianggap kubu kuat tradisi Umno.
Marzuki juga berkata PPBM bersedia berdepan pertandingan 3 penjuru di semua kerusi.

Marzuki berkata satu-satunya kerusi PAS di negeri itu, Permatang Pasir, juga menarik perhatian mereka tetapi terserah kepada keputusan kepimpinan PH.

Beliau berkata populariti PPBM di kawasan luar bandar di tanah besar melonjak naik, terutamanya di Tasek Gelugor.

Marzuki berkata lebih banyak kampung di Pulau Pinang meminta ceramah penjelasan isu semasa diadakan di kawasan mereka.

“Respon yang sama diterima dari 50 kawasan Felda serata negara, kami semakin mendapat tempat di kawasan luar bandar.

“Ia bukan sahaj mengenai populariti pengerusi kami Tun Dr Mahathir Mohamad. Tuntutan menuntut perubahan kerajaan boleh dirasai,” kata Marzuki.

Sebelum itu, Marzuki dan kepimpinan PPBM negeri membuat kunjungan hormat ke ibu pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Rangoon di sini.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow mengadakan mesyuarat 1 jam bersama kepimpinan PPBM.
Chow menggambarkan mesyuarat itu sebagai “bersejarah”, dan menambah ia membuka laluan kepada pengukuhan kerjasama antara parti.

Kedua-dua parti berikrar memberi kerjasama penuh pada pilihan raya umum akan datang.



Demikianlah Artikel PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang

Sekianlah artikel PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM minat bertanding di 10 kerusi DUN Umno P Pinang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/ppbm-minat-bertanding-di-10-kerusi-dun.html

Subscribe to receive free email updates: