Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan

Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan
link : Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan

Baca juga


Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan

 
 
4 individu termasuk warden dipanggil untuk diambil keterangan dalam usaha polis menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.


Shafien-Mamat-pukul 


KUALA LUMPUR: Polis masih cuba menentukan perkara sebenar kes seorang pelajar tingkatan 1 dipukul warden sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam baru-baru ini.

Ini kerana 4 individu yang dipanggil untuk diambil keterangan, termasuk warden asrama terbabit, memberikan cerita berlainan.

“Mereka ini disoal siasat sejak semalam. Kita akan siasat bagi menentukan apa perkara sebenarnya berlaku. Ketika ini ia masih di peringkat awal,” kata Ketua Polis Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi FMT.

Shafien berkata polis akan mengadakan sidang media Jumaat ini bagi memberi penjelasan lanjut mengenai kejadian itu.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang pelajar tingkatan 1 di sebuah sekolah tahfiz di Shah Alam mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan lengan selepas didakwa dipukul warden asrama sekolah berkenaan minggu lalu.

Portal itu juga memuatnaik gambar mangsa menunjukkan kecederaan pada lengan.

Kejadian didakwa berlaku pada 5.00 petang 10 Mei lepas, ketika mangsa dipanggil berjumpa warden. Warden terbabit didakwa bertanyakan pelbagai soalan peribadi, namun mangsa menafikan tuduhan terhadapnya.

Akibatnya, mangsa mendakwa dirotan selain ditumbuk pada tulang rusuk hingga bengkak. Mangsa yang kesakitan menghubungi bapanya dan dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Keesokan harinya mangsa dibawa ke Balai Polis Seksyen 9 Shah Alam untuk membuat laporan. Menurut Shafien, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Bapa pelajar berkenaan berkata anaknya pernah dirotan tetapi kejadian 10 Mei itu dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana melampau. Beliau juga mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Bapa pelajar berkenaan berkata anaknya pernah dirotan tetapi kejadian 10 Mei itu dilihat tidak sepatutnya berlaku kerana melampau. Beliau juga mendakwa warden cuba meminta maaf dan mahu menanggung kos rawatan anaknya, tetapi beliau tidak dapat menerima perbuatan itu.

Kejadian ini merupakan yang terbaharu sebulan selepas Mohamed Thaqif Amin Mohd Gaddaffi, 11, mati selepas dilaporkan cedera selepas didakwa dipukul dengan hos getah oleh pembantu warden di sebuah sekolah tahfiz di Johor.

Kaki Thaqif terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan ke tisu dan sel darah. Keesokannya harinya beliau koma.

Thaqif meninggal dunia pada 26 April.



Demikianlah Artikel Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan

Sekianlah artikel Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saksi kes pelajar tahfiz ditumbuk rusuk beri cerita berlainan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/05/saksi-kes-pelajar-tahfiz-ditumbuk-rusuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :