Judul : Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan
link : Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan
Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan
DALIA ISMAILExco Pemuda Umno Malaysia Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak layak memimpin Armada kerana beliau dakwanya tidak mendapat sokongan ahli exconya yang telah membocorkan dan menyebarkan maklumat berkaitan konspirasi untuk menjatuhkan pemimpin negara melalui Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
"Syed Saddiq tidak layak jadi ketua parti pribumi apabila tidak mendapat sokongan exco beliau bahawa penglibatannya secara langsung dalam konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri," ujarnya dalam sidang media di ibupejabat Gerakan Merah hari ini.
Beliau mengulas mengenai dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendakwa Ketua Armada Bersatu itu bersama dengan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, 'merancang' saman sivil DOJ ke atas 1MDB.
Sebaliknya Syed Saddiq dalam sidang akhbar menafikan dakwaan dibuat oleh Raja Petra itu dan semalam telah membuat laporan polis mengenai dakwaan itu.
Raja Petra mendakwa Syed Saddiq memberitahu ahli-ahli exco Armada bahawa Mahathir dan penyokongnya membelanjakan RM50 juta untuk merangka saman DOJ itu.
Sebelum itu Exco Armada Pusat Abd Wahazir Abdu Wahab dan Mohd Hafiz Azhari tampil secara terbuka untuk mendesak Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu yang mengaitkan diri mereka.
Justeru Armand Azha berkata, Syed Saddiq juga perlu menjawab persoalan berkaitan dengan kekayaan dan skandal membabitkan pemimpin Bersatu sebagaimana dakwaan exco armada terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Sepatutnya Syed Saddiq menjawab isu berkaitan dengan kekayaan dimiliki Dr Mahathir dan skandal Muhyiddin sebagaimana dakwaan exconya berbanding mempertahankan dirinya ke atas dakwaan yang dibuat oleh Raja Petra terhadapnya.
"Apa yang dilaksanakan Armada sekadar untuk menutup kelemahan yang ada. Ini kerana ramai rakan mereka keluar Armada kerana sudah hilang keyakinan terhadap pemimpinnya.
"Gerak kerja politik kurang bijak Syed Saddiq dan rakan exco adalah dikalangan kumpulan budak hingusan yang nak main politik tetapi gagal.
"Patut kena jawab tentang isu kekayaaan luar biasa Tun Mahathir dan isu skandal Muhyiddin bukan membangkitkan isu yang dibawa exco armada dengan isu DoJ," ujarya.
Demikianlah Artikel Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan
Sekianlah artikel Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Konspirasi RM50 juta DOJ: Exco Pemuda Umno cabar Syed Saddiq letak jawatan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/konspirasi-rm50-juta-doj-exco-pemuda.html