Judul : 638 kemalangan sepanjang tiga hari Op Selamat di KL
link : 638 kemalangan sepanjang tiga hari Op Selamat di KL
638 kemalangan sepanjang tiga hari Op Selamat di KL
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Sebanyak 638 kemalangan termasuk satu kematian direkodkan sepanjang tiga hari pertama Op Selamat 11 dilaksanakan di ibu kota sempena perayaan Aidilfitri.
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata jumlah kemalangan itu mencatatkan penurunan berbanding 664 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
"Walaupun operasi ini baru tiga hari dilaksanakan, tetapi ia telah menunjukkan perkembangan yang positif dengan pengurangan sebanyak 26 kes berbanding tahun lepas...harap jumlah kes sepanjang ia (operasi) dijalankan mencatatkan penurunan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Op Selamat 11 peringkat Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Mazlan berkata pihaknya telah menempatkan 772 anggota dan pegawai bagi memastikan kelancaran operasi.
"Daripada jumlah itu, 320 anggota trafik dikerahkan bagi menjaga lalu lintas, manakala selebihnya ditugaskan bagi meronda kawasan perumahan di sekitar Lembah Klang.
"Kita juga menggerakkan 129 kereta peronda dan 176 motosikal Unit Ronda Bermotosikal (URB) sepanjang Op Selamat ini berlangsung," katanya.
Beliau berkata dengan kehadiran polis yang melakukan rondaan di kawasan perumahan, ia secara tidak langsung dapat menangani jenayah seperti pecah rumah dan curi pada musim perayaan.
Demikianlah Artikel 638 kemalangan sepanjang tiga hari Op Selamat di KL
Sekianlah artikel 638 kemalangan sepanjang tiga hari Op Selamat di KL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 638 kemalangan sepanjang tiga hari Op Selamat di KL dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/638-kemalangan-sepanjang-tiga-hari-op.html