Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard

Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard
link : Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard

Baca juga


Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli perlu menjelaskan apa sudah jadi dengan laporan yang dibuatnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah seks dan wang membabitkan pegawai Pejabat menteri Besar Selangor.
 
Lazimnya, Rafizi akan menggali dan mendedahkan sebanyak mungkin maklumat salahguna kuasa atau wang yang diperolehinya, namun tidak kali ini, kata Chegubard.
 
"Saya cuba meyakinkan diri saya bahawa laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering dilakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan?
 
"Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat MB yang dikuasai PKR itu sendiri? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya dalam sidang media sebentar tadi. 
 
Rafizi sebelum ini hadir ke SPRM bagi membantu siasatan dakwaan kononnya terdapat permintaan habuan wanita seksi dan wang dalam urusan dengan kerajaan negeri Selangor.
 
Rafizi berkata tindakan membuat laporan kepada SPRM dibuat selepas diarahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Chegubard berkata apa jua perkembangan, rakyat mahu tahu dan menjadi tanggungjawab Rafizi menjelaskan isu itu.
 
Chegubard yang juga ahli PKR yang digantung itu turut mempersoalkan adakah isu itu merupakan dakwaan terpilih dan tidak akan didedahkan Rafizi.  
 
"Adakah beliau melihat korupsi ini punya 'kasta' iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR perlu disenyapkan," katanya.
 
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali menyifatkan tuduhan Rafizi itu sebagai fitnah terancang selain mempunyai niat terselindung.
 
"Menuding jari kepada kerajaan negeri tanpa sebarang bukti sokongan dan kemudiannya menjaja tuduhan tersebut kepada semua pihak adalah satu tindakan bacul, tidak bertanggungjawab dan berniat jahat," kata Azmin.
 
Tuduhan rasuah seks dan wang dalam pentadbiran Azmin bermula selepas perbualan Rafizi menerusi aplikasi Whatasapp didalam 'group' pemimpin PKR tersebar di media sosial.
 
Rafizi mengaku menulis mesej berkenaan yang mendakwa terdapat habuan wanita dan wang dalam urusan pentadbiran kerajaan PKR Selangor.
 
 


Demikianlah Artikel Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard

Sekianlah artikel Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rafizi, apa cerita laporan rasuah seks dan wang di Selangor?, soal Chegubard dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/rafizi-apa-cerita-laporan-rasuah-seks.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :