Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia

Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia
link : Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia

Baca juga


Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia

MALAYSIAKINI


Putrajaya sedang mengintai syarikat gergasi dalam senarai Fortune 500 untuk menerajui pembangunan projek Bandar Malaysia, kata pengerusi Bandar Malaysia Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah.

"Sudah tentu kami akan meletakkan syarat-syarat tertentu kali ini - seperti hanya (menerima) syarikat berpengalaman luas, mungkin syarikat dalam senarai Fortune 500.

"Akan ada kriteria tertentu, jika mereka memenuhi kriteria, maka mereka boleh menyertai,” katanya pada sidang akhbar di Subang, hari ini.

Walau bagaimanapun, tarikh akhir yang dirancang untuk mengumumkan pemaju utama projek itu mungkin terpaksa ditangguhkan. Ini selepas Mohd Irwan, yang juga adalah ketua setiausaha perbendaharaan, mendedahkan bahawa kementerian kewangan belum mengeluarkan Permohonan Cadangan (RFP).

Pada 17 Mei lalu, Mohd Irwan dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa RFP akan dikeluarkan "segera".

Katanya, tarikh akhir untuk mengemukakan cadangan itu akan ditutup pada 30 Jun dan pengumuman pemaju induk baru akan dibuat pada 14 Julai.

Bagaimanapun, Mohd Irwan hari ini berkata RFP hanya akan dikeluarkan minggu ini.

Bulan lalu, Putrajaya membatalkan rancangannya untuk menjual 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia kepada IWH -CREC Sdn Bhd, sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

Kerajaan mendakwa konsortium itu gagal membuat pembayaran tertentu tetapi ini dinafikan oleh IWH-CREC.

Najib kemudiannya melobi Wanda Group, pemaju swasta terbesar di China, untuk mengambil projek Bandar Malaysia.

Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada perjanjian yang ditandatangani.



Demikianlah Artikel Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia

Sekianlah artikel Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putrajaya intai syarikat Fortune 500 untuk projek Bandar M'sia dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/06/putrajaya-intai-syarikat-fortune-500.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :