Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM

Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM
link : Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM

Baca juga


Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menerima Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diangkat menjadi perdana menteri hanyalah sekadar mengaburi mata rakyat.
 
Demikian kenyataan Ketua Umno Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo ketika diminta mengulas mengenai gandingan kedua pemimpin tersebut yang kini menunjangi Pakatan Harapan (PH) menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Kata Ismail, 'penerimaan' itu hanyalah strategi mantan perdana menteri itu bagi membuka ruang untuk anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad diangkat menyandang jawatan tertinggi tersebut.
 
"Walaupun Tun M menyatakan bahawa dia setuju Anwar menjadi perdana menteri saya rasa itu hanya sekadar cakap di depan orang sebab kalau kita lihat dia sebenarnya nak bawa Mukhriz untuk ke depan. 
 
"Pada saya, rumusannya ialah apa yang dinyatakan oleh Tun Mahathir terhadap Anwar walaupun dia menjadi perdana menteri itu hanya ucapan atau pun cakap-cakap yang boleh mengaburi mata rakyat. 
 
"Kita tahu bahawa Tun Mahathir ini adalah orang yang terlalu licik dalam kata-kata dan perancangan. Walaupun di depan mungkin kita nampak berbeza tetapi kita tahu dia seorang yang sangat licik dalam membuat sesuatu di masa akan datang," katanya kepada Antarapos hari ini. 
 
Mengulas lanjut, Ismail berkata misi untuk menaikkan Mukhriz digerakkan Dr Mahathir selepas anaknya tewas  ketika merebut jawatan Naib Presiden Umno ketika pemilihan parti pada 2013. 
 
"Kalau kita tengok yang dia (Mahathir) bergaduh dengan Datuk Seri Najib pun, antara Mahathir dengan Najib. Sebenarnya asasnya adalah kerana apabila dalam pemilihan Naib Presiden yang lepas, di mana kemenangan kepada Zahid dan Shapie Apdal pada masa itu yang terakhir adalah Mukhriz ada menawar diri di saat akhir. 
 
"Lepas tu Mukhriz kalah, daripada tarikh kekalahan itulah bermulanya retak dan juga pertentangan antara Tun Mahathir dengan Najib," jelasnya.
 
Terdahulu, wujud dakwaan yang mengatakan kembalinya Pengerusi Parti Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ke arena politik adalah bagi mengangkat anaknya, Mukhriz. 
 
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini mendedahkan wujudnya perjanjian sulit dimeterai antara Dr Mahathir dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersabit calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri selepas PRU14 kelak.
 
Perjanjian itu kononnya menetapkan anaknya, Mukhriz dan pemimpin veteran DAP itu masing-masing diangkat sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri.
 
Mukhriz dipecat daripada Umno pada Jun tahun lalu ekoran melanggar disiplin parti apabila mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan parti serta dilihat sering menghadiri program anjuran pembangkang yang tentunya menjadikan Umno sebagai sasaran kritikan.
 
 


Demikianlah Artikel Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM

Sekianlah artikel Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ada muslihat di sebalik tindakan Tun M terima Anwar jadi PM dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/ada-muslihat-di-sebalik-tindakan-tun-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :