Guru didakwa tumbuk murid

Guru didakwa tumbuk murid - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru didakwa tumbuk murid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru didakwa tumbuk murid
link : Guru didakwa tumbuk murid

Baca juga


Guru didakwa tumbuk murid


Seorang wanita membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat lepas berhubung tindakan seorang guru di sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya, yang didakwa mengasari anaknya.

Wanita tersebut, Nur Syaheerah Sutchira Abdullah, 32, berkata anak lelakinya (Adam Mikhael Mubashir, 9) yang merupakan pelajar tahun tiga telah ditumbuk di bahagian kepala oleh seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris apabila gagal menjawab soalan yang diberikan pada kira-kira 12 tengah hari Rabu (12 Julai).

Wanita itu yang merupakan suri rumah mendakwa tumbukan itu menyebabkan anaknya terjatuh dan mengenai bahagian bucu meja di belakang sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian kepala dan pinggang.

"Saya telah membawa anak saya menjalani pemeriksaan doktor dan mendapati berlaku gegaran di bahagian otak menyebabkan dia berasa pening dan loya, selain sakit di bahagian pinggang akibat terkena bucu meja," kata Nur Syaheerah Sutchira ketika ditemui pemberita di perkarangan sekolah itu, hari ini.

Susulan kejadian itu, wanita tersebut turut membuat aduan kepada Pertubuhan Perpaduan dan Usahasama (Padu) bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya selepas pihak sekolah didakwa tidak mengambil tindakan terhadap guru terbabit.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.-Bernama



Demikianlah Artikel Guru didakwa tumbuk murid

Sekianlah artikel Guru didakwa tumbuk murid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru didakwa tumbuk murid dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/07/guru-didakwa-tumbuk-murid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :