2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali

2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali
link : 2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali

Baca juga


2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali

 
Perkasa menyarankan mufti Perlis dan mufti Perak berbincang secara tertutup agar tidak menimbulkan persepsi buruk terhadap Islam.
 
 
ibrahim-ali-2-mufti-gaduh

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menasihatkan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria tidak bertelagah secara terbuka walaupun berbeza pendapat.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata tindakan 2 mufti itu melalui media sosial dan media dilihat tidak sihat dan dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan mengenai Islam.

“Ilmuwan Islam pegang jawatan mufti telagah nampak amat buruk.

“Mengutarakan pendapat melalui Facebook dan kenyataan terbuka tak sihat kerana boleh mengelirukan. Dalam era internet, media sosial terlalu banyak, kalau ini tak dikawal imej Islam akan terjejas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di ibu negara hari ini.

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman 25 Julai lalu berkata Jabatan Pendaftaran Negara bertindak di luar kuasanya apabila ia menggunakan “bin Abdullah” untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang diberikan taraf luar nikah ketika kelahirannya disebabkan tidak cukup syarat yang ditetapkan oleh fatwa.

“Kami percaya Islam tidak membenarkan penghinaan secara terbuka terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah,” kata hakim Abdul Rahman Sebli, yang turut mempersoalkan amalan JPN meletakkan nama “Abdullah” sebagai nama bapa anak luar nikah.

Keputusan itu dialu-alukan Asri, tetapi dipersoal Harussani yang berkata menyokong pendirian mahkamah itu menjurus kepada menghalalkan zina.

“Pendapat mufti Perlis ini menghalalkan zina. Benda yang diputuskan sejak berzaman tidak boleh ubah, sebab ia berasaskan Al-Quran, hadis, ijma’ (persetujuan) ulama. Kenapa kita nak melawan hadis?” kata Harussani.

Dalam responnya, Asri berkata perbezaan pendapat tidak harus diserang kerana ia amalan ulama Islam silam.

Asri kemudian memetik pandangan pengasas mazhab Hanafi, Abu Hanifah, yang mencadangkan pasangan yang melahirkan anak luar nikah supaya berkahwin untuk menjaga kebajikan anak itu.

Ibrahim hari ini berkata perbincangan mengenai isu sensitif atau berkaitan hukum agama wajar dibincang segera, namun Asri dan Harussani sewajarnya membincangkan isu antara mereka secara tertutup dan mencari titik persefahaman.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan pengarah Jabatan Agama Islam negeri perlu wujudkan satu bentuk rangkaian kerjasama bagi membincangkan perkara jika timbul satu isu.

Sebarang keputusan mahkamah wajar atau mesti bertemu dan berbincang dalam tempoh 24 jam,” katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI



Demikianlah Artikel 2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali

Sekianlah artikel 2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2 mufti bertelagah nampak amat buruk, kata Ibrahim Ali dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/2-mufti-bertelagah-nampak-amat-buruk.html

Subscribe to receive free email updates: