7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang

7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang
link : 7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang

Baca juga


7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang

 


SHAH ALAM: Satu tinjauan yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini mendapati pembangkang berpeluang memenangi 7 negeri di Semenanjung Malaysia, jika Pakatan Harapan (PH) dan PAS bergabung untuk menentang Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Selain Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang yang dikuasai pembangkang ketika ini, Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Mohamad Redzuan Othman berkata, negeri lain yang dijangka ditawan pembangkang termasuk Perak, Kedah, Pahang dan Melaka, di samping 2 Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia.

Tinjauan secara bersemuka itu disertai 4,486 responden yang merupakan pengundi berdaftar di 130 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, mulai 11 hingga 15 Ogos lalu.

Ketua eksekutif IDE itu berkata, 59% responden menyuarakan sokongan kepada PH dan PAS, manakala 39% lagi menyokong BN.


“Itu adalah jumlah yang cukup selamat dan cukup besar, jika kita gabungkan sentimen (responden) kepada pembangkang dengan mengandaikan 2 (perkara),” katanya merujuk BN sebagai sebuah parti dan PAS bekerjasama dengan PH sebagai sebuah gabungan pembangkang.

Bercakap pada sidang media di ibu pejabat IDE petang tadi, Redzuan berkata, hasil tinjauan itu juga mendapati BN tidak akan memperoleh dua pertiga majoriti di Semenanjung Malaysia.

Mengenai tarikh PRU14, Redzuan yang juga naib canselor Universiti Selangor (Unisel) berkata, Datuk Seri Najib Razak mungkin mengadakan PRU14 berdasarkan 2 faktor, iaitu “mood” rakyat sempena prestasi cemerlang kontinjen negara pada Sukan SEA 2017 dan keadaan dalam parti pembangkang.

“Ini adalah mood yang akan bagi euforia kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika saya bercakap, Malaysia telah memenangi 101 pingat emas. Ini akan bagi mood yang baik.

“Tetapi, ini tak cukup untuk mengadakan pilihan raya umum. Ada satu lagi iaitu ketika pembangkang berpecah, bertelagah sesama sendiri.

“Kalau ada kedua-dua gabungan ini, saya yakin itu waktu terbaik untuk mengadakan pilihan raya,” katanya.



Demikianlah Artikel 7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang

Sekianlah artikel 7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7 negeri mungkin jatuh ke tangan pembangkang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/7-negeri-mungkin-jatuh-ke-tangan.html

Subscribe to receive free email updates: