Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis

Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis
link : Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis

Baca juga


Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Pembangkang sanggup mengenepikan prisip dan inspirasi akar umbi mereka semata-mata demi memastikan mereka memperoleh kuasa untuk memerintah negara satu hari nanti.
 
Penganalisis politik Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, ini berdasarkan kepada tindakan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim rela mempertahankan musuh ketatnya suatu ketika dahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun ditentang sebahagian daripada penyokong.
 
"Jadi ini menunjukkan bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat mereka sendiri.
 
"Jadi sebab itu kita lihat walaupun ada di dalam PH sendiri yang tidak begitu bersetuju terutamanya dengan meletakkan Tun Mahathir sebagai salah seorang pemimpin dalam PH namun kita lihat ketidakpersetujuan itu diketepikan kerana matlamat bagi mereka yang lebih besar ialah untuk mengalahkan BN pada PRU14," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Beliau berkata demikian mengulas pendirian Anwar semalam yang mempertahankan kehadiran Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu dalam PH, meskipun ada pihak yang mencurigainya. 
 
Ia selepas rata-rata penyokong pembangkang yang hadir di Forum Mahathir Agen Perubahan atau Agen Pemusnah anjuran Kelab Bangsar Utama pada Selasa lalu menzahirkan bantahan dan masih berbelah bahagi terhadap keputusan PH melantik Dr Mahathir selaku pengerusi gabungan berkenaan.
 
Majoriti hadirin yang bertanya semasa sesi soal jawab, mempertikaikan jawatan yang diberikan kepada mantan perdana menteri itu dalam gabungan pembangkang itu. 
 
Malah mereka turut membangkitkan persoalan mengapa pembangkang perlu bergantung pada bekas perdana menteri itu untuk melakukan revolusi dan perubahan.
 
Mengulas lanjut, Martadha menyifatkan PH akan memanfaatkan apa sahaja peluang yang ada demi menjadi kerajaan.
 
"Kita lihat dalam PH ini ialah sesuatu tindakan yang diambil lebih kepada praktikal dan bukan kepada pendirian-pendirian yang sebelum ini mereka pegang tetapi lebih kepada apa sahaja strategi yang membolehkan mereka untuk menang maka itulah yang akan mereka ambil dan persetujui sebagai sebahagian daripada dasar mereka," ujarnya.
 
PH pada 14 Julai lalu mengumumkan struktur parti itu yang menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.
 
Susulan itu, ramai pihak yang mempertikaikan kewajaran Tun Mahathir Mohamad diletakkan sebagai Pengerusi Parti itu selepas apa yang dilakukan beliau terhadap Anwar ketika zaman pemerintahannya



Demikianlah Artikel Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis

Sekianlah artikel Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar sanggup ketepi suara akar umbi demi kuasa - Penganalisis dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/anwar-sanggup-ketepi-suara-akar-umbi.html

Subscribe to receive free email updates: