Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik

Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik
link : Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik

Baca juga


Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik






Apakah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali merupakan artikel perpecahan Pakatan Harapan (PH), soal pemerhati politik Mohd Sayuti Omar (MSO).

MSO membuat rumusan itu berdasarkan pergolakan dalaman PKR melalui tindakan Ahli Parlimen Selayang William Leong yang telah melepaskan jawatannya dalam Biro Politik PKR berikutan tidak berpuas hati dengan keputusan parti untuk meneruskan perbincangan dengan PAS.

“Hasrat William untuk berundur dari biro politik parti itu adalah tindakan membuka kepada perpecahan tragis dalam PKR.

“Perkembangan terkini dalam PKR menjelaskan tindakan Azmin bakal memecahkan parti berkenaan.  Apakah Azmin arkitek kepada perpecahan PH?,”soalnya dalam Twitter.

Sebelum ini MSO melakukan serangan terbuka dalam Facebooknya terhadap Azmin dengan mencadangkan Azmin dikenakan tindakan tatatertib kerana sikap Timbalan Presiden PKR itu yang bertindak di luar batasan kerangka perjanjian PH.

Malah, MSO turut melabel Azmin sebagai ‘si tukang sihir’ yang mengamalkan politik dua alam, iaitu berbaik dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dalam masa sama turut mengukuhkan kerjasama dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Namun keesokan harinya, MSO dilihat terganggu dengan kritikan-kritikan pedas terhadap Azmin itu apabila ‘bersara’ daripada menulis di Facebook.

“Perhatian: Sesuai dengan keputusan diambil seperti dari akaun I Fb saya, saya berhasrat untuk mengambil cuti untuk menyiapkan tugasan yang terbangkalai. Sehubungan itu tiada pengeposan bahan baharu dalam akaun ini, dan juga mungkin tiada apa-apa komentar dan jawaban kepada sebarang sapaan.

“Atas “kesulitan” (atau kemujuran dengan tindakan ini) pohon kemaafan, dan diharap semoga tugasan saya dapat dilaksanakan dengan baik.

“Terima kasih atas perhatian rakan2 semua, segala itu sangat saya hargai,” kata MSO.

Sementara itu, surat terbuka yang ditulis oleh akar umbi Amanah Sungai Buloh menjadi tular di media sosial hari ini.

Kandungan surat terbuka yang ditulis oleh Fikri Yuesoff adalah seperti berikut :
Surat Terbuka
Majlis Presiden,
Pakatan Harapan
YAB Tun Mahathir
Semua Pimpinan Majlis Presiden.

Penyingkiran atau amaran keras kepada Azmin dan PKR
Kami ingin menzahirkan rasa terkilan amat sangat terhadap tindakan Yab DS Azmin, DS W.Azizah dan beberapa lagi pimpinan PKR yang membuat pertemuan dengan pihak PAS tanpa memaklumkan kepada Majlis Presiden.
Kami amat berkecil hati dengan sikap PKR yang gila kuasa dengan mengenepikan Amanah, dan menafikan kawasan² berpotensi untuk Amanah bertanding. Tindakan PKR Selangor yang hanya memperuntukkan 2 kawasan sedia ada kepada Amanah seperti meragui keupayaan Amanah Selangor. PKR harus sedar bahawa, kamilah yang dahulunya menaikkan PKR melalui jentera parti PAS.
PKR juga seperti tidak bertanggung jawab apabila turut menularkan kajian IDE, berkaitan statistik sokongan rakyat kepada Amanah. IDE ini adalah pro PKR dan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan Selangor. Statistik kajian dari IDE yang memalukan Amanah itu tidak seharusnya ditularkan oleh PKR, seolah-olah tidak menjaga air muka rakan sekutu.
PKR, dalam beberapa perkara pernah menyuarakan jalan sukar untuk Amanah, malah pernah menyebutkan Pru 14, hanya 1 lawan 1 dengan tidak masuk bertanding bagi kawasan PAS bertanding. Ini telah melanggar persefahaman dalam PH.
Tindakan Sdra William Leong yg melepaskan Jawatan dlm Biro politik PKR juga berkaitan sikap flip flop pimpinan PKR.
Kami mengambil peluang di sini bersama Zainirun Baba,Cikgu Man dan rakan² lain mendesak agar tindakan menyingkirkan Pkr dari PH disegerakan.
Atau kami akar umbi dalam Amanah pula akan menarik balik segala sokongan kami terhadap PKR dan PH jika desakan kami ini tidak diendahkan.
Sekian, terima kasih.

Fikri Yuesoff
Amanah Sg. Buloh
Selangor
23/08/17


Demikianlah Artikel Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik

Sekianlah artikel Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apakah Azmin Arkitek Perpecahan Pakatan Harapan, Soal Pemerhati Politik dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/apakah-azmin-arkitek-perpecahan-pakatan.html

Subscribe to receive free email updates: