Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI ….

Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI …. - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI …., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI ….
link : Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI ….

Baca juga


Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI ….






TANPA dipanggil, Tun Dr. Mahathir Mohamad muncul pada prosiding hari kedua Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian Bank Negara Malaysia (BNM) era awal 1990-an.

Namun kehadiran tokoh pembangkang itu di Istana Kehakiman di Putrajaya pada Khamis hanya bagi mengikuti prosiding skandal urusan dagangan mata wang asing (forex) yang terbesar dalam sejarah dunia ketika itu.

Bekas perdana menteri itu hanya duduk di bahagian orang awam dalam kamar prosiding itu dari pukul 9.05 hingga 10.45 pagi kerana beliau sebenarnya belum lagi dipanggil untuk memberi keterangan kepada panel RCI itu.

“Saya cuma teringin untuk lihat apa terjadi…,” kata Mahathir kepada wartawan sebelum pulang. Tidak pula dapat dipastikan sama ada beliau mungkin cuba ‘panas badan’ terlebih dahulu sebelum dipanggil pula kemudian.

Setakat ini didapati BNM telah mengalami kerugian sebanyak RM31.5 bilion dalam urusan forex yang dibuat semasa zaman pentabiran Mahathir tetapi ada penganalisis mendakwa jumlah sebenarnya jauh lebih besar lagi.

Pengerusi Pakatan Harapan itu seperti biasa hanya membuat komentar dalam nada sinis apabila ada hal yang kritikal mengenai dirinya. Beliau antara lain kata harap status “Diraja” pada suruhanjaya itu tidak dicemari.

Menurut portal tempatan AgendaDaily, Mahathir dalam ulasan ringkas berdasarkan daripada pemerhatiannya terhadap prosiding pada hari ini menyatakan ia berjalan OK dan beroperasi seperti sebuah mahkamah.

Menjawab soalan lain, Mahathir menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali meletak jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM, parti kecil ciptaannya sendiri sekiranya didapati bersalah oleh RCI itu.

Dakwa Mahathir, RCI itu tidak akan kena mengena langsung dengan hal politik dirinya. Senario tipikal jika terkena kepada pembangkang tetapi ironi jika kes melibatkan pemimpin BN, mereka didesak pula untuk letak jawatan.

Ditanya pula mengenai kemungkinan penubuhan sebuah RCI mengenai Memali yang didesak oleh pihak PAS, Mahathir berkata bahawa beliau sedia memberi keterangan pada bila-bila masa sahaja apabila diperlukan.

Dakwa Mahathir lagi, beliau juga ada banyak bukti konon mengenai peristiwa Memali itu dan hanya akan sedia memberitahunya ketika prosiding kepada panel RCI tersebut nanti.

“Saya ada banyak bukti tentang Memali kerana saya pada masa itu saya adalah perdana menteri walaupun pada tempoh kejadian Tun Musa Hitam memangku tugas itu,” dalihnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Demikianlah Artikel Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI ….

Sekianlah artikel Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI …. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tanpa Dipanggil, Tun Mahathir Muncul Dalam Prosiding RCI …. dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/tanpa-dipanggil-tun-mahathir-muncul.html

Subscribe to receive free email updates: