Judul : Bekas ahli MBPP fail saman tuntut ganti rugi dipecat
link : Bekas ahli MBPP fail saman tuntut ganti rugi dipecat
Bekas ahli MBPP fail saman tuntut ganti rugi dipecat
ANTARAPOS.COMPULAU PINANG: Bekas ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MBPP), Noor Syazwani Md. Amin menfailkan saman terhadap bekas majikannya dan tiga yang lain di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menuntut ganti rugi susulan pemecatannya.
Noor Syazwani dipecat sebagai ahli MBPP pada April lalu.
Peguamnya, Datuk Dr. Aswandi Mohamed Hashim berkata, Noor Syawani, 30, mengemukakan enam tuntutan terhadap MBPP; Datuk Bandar MBPP; Setiausaha Bandaraya MBPP dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Beliau memberitahu, dalam writ saman berkenaan, Noor Syazwani turut menuntut supaya kesemua defendan membayar baki elaun bulan yang berhak diterimanya sebanyak RM32,000.
“Selain itu, tuntutan berkenaan meminta supaya defendan-defendan membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM50,000 akibat kepayahan yang dialami anak guam saya selepas lantikannya selaku Ahli Majlis MBPP dibatalkan tanpa sebab pada 19 April lepas,” katanya di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri telah menamatkan perkhimatan seorang ahli majlis tanpa mengemukan sebarang sebab.
Noor Syazwani pernah berkhidmat di MBPP kurang daripada empat bulan sebagai ahli majlis.
Namun dia telah dipecat daripada jawatan tersebut selepas mesyuarat exco negeri.
Noor Syazwani dilantik pada Januari lalu dan merupakan wakil pertubuhan bukan kerajaan NGO daripada Persatuan Pasar Malam Melayu Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Chow Kon Yeow mengeluarkan dalam kenyataannya menyatakan bahawa penyingkiran Noor Syazwani dibuat mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Demikianlah Artikel Bekas ahli MBPP fail saman tuntut ganti rugi dipecat
Sekianlah artikel Bekas ahli MBPP fail saman tuntut ganti rugi dipecat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas ahli MBPP fail saman tuntut ganti rugi dipecat dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/bekas-ahli-mbpp-fail-saman-tuntut-ganti.html