Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai

Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai
link : Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai

Baca juga


Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai

MALAYSIAKINI


Belum pernah Malaysia ini memiliki seorang perdana menteri daripada kalangan Melayu tulen sehinggalah tokoh masyarakat Orang Asli dilantik ke situ, kata seorang wartawan veteran.

Menurut Subky Latif sejak zaman merdeka hingga kini semua perdana menteri negara ini mempunyai darah campuran luar.

Perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra, tidak dianggap Melayu sejati kerana datang dari keturunan bangsawan, manakala ibunya mempunyai darah Siam.

Tun Razak Hussein pula kata Subky mempunyai asal-usul masyarakat Bugis di Indonesia.
"Bugis itu ada yang pelayar, dan ada juga yang lanun," katanya.

Mengenai perdana menteri ketiga, Subky yang pernah menjadi anggota Jawatankuasa Pusat PAS itu menjelaskan, Tun Hussein Onn sekali lagi menyambung legasi keluarga bangsawan untuk menduduki jawatan berkenaan.

Katanya, Hussein adalah anak kepada Datuk Onn Jaafar dan datuk nenek tokoh itu berasal dari Turki - walaupun tiada sesiapa membuat kajian dari kategori mana.

"Turki dulu adalah empayar Islam yang besar. Tenteranya berada di segala ceruk rantau.

"Maka antaranya tersangkut dengan bangsawan. Dan Turki juga dulu ada orang gipsi iaitu orang yang berpindah-randah, tidak diketahui susur galur keturunannya," kata Subky (gambar) lagi melalui tulisan disiarkan Harakahdaily.

Tulisan bekas wartawan Utusan Melayu itu disiapkan sebagai mengulas isu Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengaitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan keturunan Kutty India.

Timbalan perdana menteri terbabit mendedahkan maklumat peribadi bekas bosnya semasa merasmikan penutup mesyuarat Umno Kelana Jaya pada 30 Julai lalu.

Kata Subky, Dr Mahathir adalah daripada keluarga Kutty dan ia kedengaran seperti masyarakat keturunan Yaman yang berdagang dan berdakwah ke India sejak sebelum kedatangan Inggeris.

Katanya, orang Yaman yang menetap di India itu menguasai bahasa Inggeris.

"Maka datuknya Iskandar Kutty dikirim Inggeris untuk mengajar bahasa Inggeris kepada anak-anak raja Melayu.

"Iskandar kahwin dengan orang Johor - mungkin (orang) Jawa kerana di Johor ramai Jawa.

"Anaknya Mohamad jadi pengetua Sekolah Sultan Abdul Hamid di Alor Setar," katanya lagi.

Apa lagi Kutty

Mahathir anak Mohamad itu, kata Subky, adalah generasi ketiga keluarga Kutty, dan ciri Melayu mengatasi Indianya.

"Mungkin cakap Karala pun dia tidak tahu," katanya.
Penggantik Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi pula dipercayai ada keturunan Arab daripada datuknya, Syeikh Abdullah Fahim.

"Ayah Abdullah, Ahmad Badawi lahir di Mekah. Ibu Abdullah pula ada suku sakat keturunan Yunan di Bayan Lepas. Maka perdana menteri itu pun bukan Melayu tulen," katanya.

Justeru jika Ahmad Zahid akhirnya menjadi perdana menteri, menurut Subky, tokoh itu berdasah Jawa namun ada darah Jawanya.

Bagaimanapun menurut Subky semua tokoh yang disebut itu boleh dianggap Melayu kerana mereka bercakap Melayu, beragama Islam dan berbudaya Melayu.

"Oleh kerana Datuk Onn, Tunku, Tun Razak, Mahathir, Dollah Badawi dan Zahid besar dengan bercakap Melayu di rumah, dalam masyarakat Melayu dan lain-lain, maka yang berbudaya, bercakap Melayu dan beragama Islam pula, mereka itu Melayu.

"Bagi Dr Burhanuddin al-Helmy dulu, asalkan berbahasa dan berbudaya Melayu - (walaupun orang itu) Cina, Tamil dan Sikh - (mereka) adalah Melayu. Apa lagi Mahathir Kutty," katanya.

Subky juga berkata sukar bagi sesiapa membela Ahmad Zahid yang mengaitkan Dr Mahathir dengan asal-usul Kutty itu.

"Ia dianggap menanamkan kebencian, mengungkit usul asal tok nenek seseorang, tidak benar Melayu dan lain-lain.

"Banyak mengiranya hal berat (tetapi) saya anggap lucu apabila datangnya dari timbalan perdana menteri. Ia tidak wajar datang dari mulut Zahid.

"Apapun saya suka menganggapnya sebagai satu kisah politik jenaka tambahan kepada Nujum Pak Belalang, Luncai dan labu-labunya, Lebai Malang dan lain-lain.

"Semuanya adalah sindirin politik jenaka, bernilai politik tinggi tetapi lucu," katanya.




Demikianlah Artikel Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai

Sekianlah artikel Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cakap Zahid jenaka tambahan Nujum Pak Belalang, Luncai dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/cakap-zahid-jenaka-tambahan-nujum-pak.html

Subscribe to receive free email updates: