Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit' - Hallo sahabat
Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita Berita,
Artikel Berita dini hari,
Artikel Berita hangat,
Artikel Berita harga,
Artikel Berita hari ini,
Artikel Berita islam,
Artikel Berita jalanan,
Artikel Berita kemarin,
Artikel Berita malam ini,
Artikel Berita politik,
Artikel Berita terbaru,
Artikel Berita war,
Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'link :
Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'
Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'
MALAYSIA DATELINE
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan supaya menjaga bahasa yang lebih cermat ketika berucap di hadapan golongan pesara tanpa mengungkit dan mengugut sebagai modal politik sudah tidak relevan lagi, kata Shazni Munir Mohd Ithnin.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional ini menjelaskan, cara Ahmad Zahid itu tidak sewajarnya ditonjolkan dihadapan pesara kerajaan.
"Cara pemangku Timbalan Presiden Umno itu berbahasa harus lebih cermat dan sedar diri.
"Ungkit-mengungkit dan ugut-mengugut sebagai modal politik ini, sudah tidak laku.
"Atuk, nenek, ayah dan ibu kami yang telah menyerahkan sepenuh jiwa raga dalam perkhidmatan awam bukan budak-budak Umno yang boleh diarah-arah Zahid.
"Beliau perlu segera belajar untuk hormat orang lebih berjasa, kalau tidak mahu namanya diludah generasi terkemudian," ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai ucapan Timbalan Perdana Menteri itu ketika merasmikan Hari Perhimpunan 1Pesara Malaysia 2017 kelmarin.
Ketika bercakap dihadapan pesara Ahmad Zahid telah mengeluarkan kenyataan yang didakwa Pemuda Amanah sebagai tidak menghormati pengorbanan warga pesara di negara ini.
Antaranya seperti "'Gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita" dan "sila bagi 'standing ovation' kepada kerajaan." yang mana Pemuda Amanah beranggapan ia tidak wajar diucapkan.
"Tutur kata Datuk Seri Zahid sudah cukup menggambarkan betapa songsangnya cara berfikir orang nombor dua negara.
"'Gigit tangan (orang) yang pernah memberi makan pada kita', 'sila bagi standing ovation' kepada kerajaan, ini semua bahasa angkuh di depan pesara yang telah menyumbangkan sebahagian besar umur mereka untuk berbakti kepada negara.
"Golongan pesara ini tidak naif. Malah jika ditelusur lebih adil, apa masalahnya jika pesara-pesara ini memang mahu 'gigit tangan' kerajaan yang korup dan rosak?
"Dengan pengalaman luas sepanjang tempoh perkhidmatan, teramat jelas di mata mereka betapa teruknya kepimpinan negara kini berbanding zaman perkhidmatan mereka dahulu. Tidak keterlaluan untuk kita sebut, warga pesara ini jauh lebih berhak untuk 'menggigit' (kalau mereka mahu) - demi kepentingan negara yang mereka cintai," jelasnya.
Justeru katanya lagi, dengan tempoh perkhidmatan warga pesara yang mencecah 30 tahun atau lebih, Ahmad Zahid sepatutnya memberikan 'standing ovation kepada semua pesara ini.
"Tidak malukah Zahid sebagai orang politik yang tempoh perkhidmatan sepenggal sahaja sudah beroleh pencen (Akta 237, pindaan 2015) untuk meminta 'standing ovation' kepada mereka yang telah berkhidmat jauh lebih lama daripada beliau?," soalnya.
Pada Rabu Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri telah merasmikan Perhimpunan 1Pesara Malaysia di Serdang.
Ketika berucap Ahmad Zahid dipetik Bernama berkata:"Dengan jumlah pesara seramai 778,894 orang ketika ini, kita tahu mungkin ada yang mempunyai perasaan bercampur baur tetapi beliau percaya anda tidak pernah 'gigit' organisasi yang pernah dan terus memberi 'makan' kepada kita," katanya
Demikianlah Artikel Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit'
Sekianlah artikel Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Golongan pesara jauh lebih berhak jika mahu 'menggigit' dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/golongan-pesara-jauh-lebih-berhak-jika.html
Related Posts :
Perjanjian sulit Tun M-Kit Siang, PKR serah kepada rakyatOleh Haizal Yatiran
SHAH ALAM: PKR berkata keputusan untuk menentukan siapa yang bakal menjadi perdana menteri atau timbalan perdana… Read More...
Sayu : Ramadhan dah tiada ini foto foto terakhir nya .. dia dijemput ilahi di Madinah 2 hari sebelum hari jadi nya (6 Gambar)DUNGUN: Pesakit leukemia, Muhammad Ramadhan Alias, 20, yang sebelum ini dilaporkan akan mengerjakan umrah, disahkan meninggal dunia di Madin… Read More...
Caj 20 sen: Kerajaan Selangor serahkan kepada peniagaANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor masih menyerahkan kepada peniaga untuk terus mengenakan caj 20 sen untuk beg pl… Read More...
Azmin: Jumpa rakyat lebih penting daripada hasil kajian azminali rafiziramli Geraldine Tong 21 Jan 2017, 7:17 malam 21 Jan 2017, 7:18 malam Geraldine Tong Azmin: Jumpa rakyat lebih penting daripada hasil kajian Kaji selidik Rafizi tampak cantik untuk HARAPAN tetapi... Anina minta polis siasat kaitan Jho Low, Eric Tan Tanjong Datu: Pengundian 18 Feb, penamaan calon 4 Feb Rafizi kata Shahrir mengelak jawab isu Felda Azalina beri amaran bahaya media sosial Jomo juga percaya BN kekal berkuasa Pakar ekonomi anggap BR1M kejayaan Najib Manifesto BERSATU: Buru setiap sen 1MDB, mansuh GST Dr M, Muhyiddin, Mukhriz lancar BERSATU Lagi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan keutamaan kepada keterlibatan dengan rakyat berbanding keputusan kaji selidik yang dikeluarkan oleh Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) kelolaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli. "Hanya kaji selidik, tetapi saya fikir keutamaan yang paling penting sekarang adalah semua parti-parti politik untuk turun, mendekati rakyat dan pengundi bagi menjelaskan dasar dan kedudukan kita. "Kita mesti dilihat dan kita mesti bertindak bersama-sama sebagai kuasa yang kuat untuk menghadapi Umno dan BN," kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR ketika ditemui pemberita di Shah Alam hari ini. Keputusan pilihan raya akan berdasarkan penglibatan mereka dengan rakyat dan pengundi, katanya. Semalam, Rafizi I-CPI menerbitkan keputusan kaji selidik awal dan simulasi yang meramalkan pakatan pembangkang boleh memenangi pilihan raya akan datang. Bagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada beberapa faktor antaranya separuh daripada mereka yang tidak mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini akan mengundi memihak kepada HARAPAN; para pengundi Cina tetap mengundi pembangkang seperti dalam PRU13 dan mereka dapat memikat hati lebih 38 peratus penyokong PAS. Apabila ditanya jika rancangan untuk dilihat sebagai lawan yang hebat terhadap BN termasuk kerjasama dengan PAS, Azmin berkata, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menyokong agenda reformasi PKR. "(Kami akan bekerjasama) dengan semua parti-parti politik yang sokong agenda reformasi. "Kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka, termasuk parti-parti di Sabah dan Sarawak," katanya.Geraldine Tong
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberikan keutamaan kepada keterlibatan dengan rakyat berba… Read More...
Rafizi mahu dedah lebih banyak lagi mengenai TH
MALAYSIAKINI
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bertekad untuk membuat lebih banyak pendedahan mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mu… Read More...