Judul : Kecoh Nothing To Hide 2.0: Jangan tipu, kata Syed Saddiq kepada ahli Armada
link : Kecoh Nothing To Hide 2.0: Jangan tipu, kata Syed Saddiq kepada ahli Armada
Kecoh Nothing To Hide 2.0: Jangan tipu, kata Syed Saddiq kepada ahli Armada
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Selepas seorang ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendedahkan bahawa kekecohan pada program Nothing To Hide 2.0 baru-baru ini didalangi 'orang dalam', ketua sayap parti, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyangkal tuduhan berkenaan.
Beliau mengulas tuduhan Pengarah Logistik Dan Gerak Gempur Keselamatan bahagian Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang mendakwa kekecohan itu sengaja dicetuskan untuk menghalang beliau daripada bertanyakan soalan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Jangan cuba menipu. Kenapa dia sasaran utama?
"Flare (suar) dibaling ke arah Tun. Kerusi dan kasut pun dibaling jauh ke depan.
"Kalau betul kita nak halang beliau dari tanyakan soalan, kenapa kita benarkan soalan-soalan yang lain yang jauh lebih sensitif.
"Tun jawab lapan soalan sebelum disabotaj," kata Syed Saddiq dipetik Malaysiakini.
Semalam Antarapos melaporkan, Wan Mohammad Ashraf mendakwa beliau percaya kekecohan di forum anjuran Armada PPBM didalangi ahli parti itu sendiri dan bukannya pihak luar.
Ujarnya tindakan itu adalah cubaan untuk menghentikan dirinya daripada bertanyakan soalan kepada Dr Mahathir.
Ketika ditanya mengapa penganjur bertindak menghalangnya daripada bertanyakan soalan, Ashraf berkata dia menjadi sasaran PPBM berikutan sebelum ini pernah membuat laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri itu.
Demikianlah Artikel Kecoh Nothing To Hide 2.0: Jangan tipu, kata Syed Saddiq kepada ahli Armada
Sekianlah artikel Kecoh Nothing To Hide 2.0: Jangan tipu, kata Syed Saddiq kepada ahli Armada kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kecoh Nothing To Hide 2.0: Jangan tipu, kata Syed Saddiq kepada ahli Armada dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/kecoh-nothing-to-hide-20-jangan-tipu.html