Judul : Kenapa Kit Siang marah?, soal Ramesh Rao
link : Kenapa Kit Siang marah?, soal Ramesh Rao
Kenapa Kit Siang marah?, soal Ramesh Rao
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao membidas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang ekoran melenting selepas diajukan soalan berkaitan asal usul kelahirannya.
"Saya pelik kenapa ada orang boleh marah apabila ditanya di mana tempat dia dilahirkan, kenapa mahu marah? Anda sudah jadi wakil rakyat dan rakyat mahu mengenali sejarah dan salasilah hidup anda.
"Jawab sahaja soalan itu dan jangan melenting sampai mengherdik wartawan berkenaan di khalayak ramai seperti itu," kata beliau dalam kenyataannya hari ini.
Semalam Ramesh membawa memorandum bagi mendesak Penasihat DAP itu menyatakan asal usul kelahirannya.
Beliau mendakwa laman maklumat Wikipedia disunting beberapa hari lalu bahawa Kit Siang lahir di daerah Batu Pahat, Johor, sedangkan sebelum ini laman itu menyatakan Ahli Gelang Patah itu tiba di Malaysia pada tahun 1957.
Ramesh juga mendakwa menyimpan salinan maklumat berkenaan Kit Siang sebelum dan selepas disunting.
"Biasanya seorang wakil rakyat tahu dan letakkan dia dilahirkan di hospital mana supaya rakyat lebih menghargai beliau dan sejarah kelahirannya bukannya marah-marah.
"Takkan Kit Siang sudah nyanyuk sampai tempat lahir sendiri pun sudah lupa," katanya.
Demikianlah Artikel Kenapa Kit Siang marah?, soal Ramesh Rao
Sekianlah artikel Kenapa Kit Siang marah?, soal Ramesh Rao kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kenapa Kit Siang marah?, soal Ramesh Rao dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/kenapa-kit-siang-marah-soal-ramesh-rao.html