Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru

Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru
link : Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru

Baca juga


Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang bapa bersama anaknya memfailkan saman kecuaian di Pejabat Pendaftar Mahkamah Sesyen, di sini, terhadap sebuah sekolah swasta kerana mendakwa gagal mengambil tindakan berhubung kes buli membabitkan anaknya.
 
Mohamad Fairul Mohamad Ramzi, 33, dan anaknya, Agung Ishmael Mohamad Fairul, 8, masing-masing selaku plaintif, menamakan sekolah swasta yang terletak di Setapak dan seorang guru kelas sebagai defendan pertama dan kedua.
 
Berdasarkan penyata tuntutan, Mohamad Fairul mendakwa Agung digigit di bahagian muka dan ditendang di bahagian punggung oleh rakan sekelasnya pada 1 Jun 2017.
 
Ekoran insiden itu, anak lelakinya mengalami kecederaan dan mendakwa sering diganggu kanak-kanak terbabit.
 
Malah kata Fairul, ia bukan kali pertama Agung dibuli, tetapi berlaku sejak September tahun lepas.
 
Dakwanya juga, perkara itu telah dibawa kepada pihak pengurusan sekolah bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil.
 
Plaintif mendakwa Agung mengalami kecederaan akibat insiden itu, namun kedua-dua defendan tidak memberikan rawatan perubatan atau membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan.
 
Beliau berkata, insiden itu hanya diketahui pada sebelah petang kira-kira jam 2 petang sebelum membawa anaknya ke Prince Court Medical Centre untuk rawatan.
 
Mohamad Fairul berkata, pada 8 Julai, beliau dimaklumkan anaknya telah digantung sekolah selama lima hari atas alasan bergaduh dengan seorang murid yang menyebabkan kecederaan ke atas murid lain.
 
Katanya, penggantungan yang dibuat itu tidak wajar kerana langsung tidak memberi peluang plaintif kedua membela diri.
 
Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi am sebagai ganti rugi perbelanjaan pendidikan anaknya selain ganti rugi khas RM6,009.70 untuk kos rawatan dan pemulangan deposit persekolahan.
 
Palintif juga menuntut deklarasi bahawa tindakan gantung sekolah itu tidak sah dan diketepikan selain perintah supaya pihak sekolah membatalkan nama Agung dari rekod disiplin.
 
 


Demikianlah Artikel Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru

Sekianlah artikel Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Buli: Bapa, anak saman sekolah dan guru dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/buli-bapa-anak-saman-sekolah-dan-guru.html

Subscribe to receive free email updates: