Judul : Warga Korea Utara bekerja di Malaysia hanya 98 orang
link : Warga Korea Utara bekerja di Malaysia hanya 98 orang
Warga Korea Utara bekerja di Malaysia hanya 98 orang
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan hanya 98 orang sahaja warga Korea Utara diberikan permit sah untuk bekerja di negara ini.
Menerusi kertas jawapan yang diedarkan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di Dewan Rakyat hari ini, warganegara negara itu yang diterima bekerja di Malaysia merangkumi 80 orang lelaki dan 18 orang perempuan.
Pecahan bagi pekerja warga Korea Utara mengikut negeri adalah Kuala Lumpur (75), Selangor (20), Johor (2) dan Perak hanya seorang.
Terdahulu Lip Eng meminta KDN menyatakan jumlah permit kerja yang dikeluarkan untuk warga Korea Utara mengikut jantina dan pecahan mengikut negeri, selain larangan kepada mana-mana negara untuk warganegaranya bekerja di Malaysia.
Kementerian berkenaan dalam pada itu memberitahu hanya warganegara Israel sahaja dilarang untuk memohon bekerja di negara ini.
Awal Julai lalu timbul dakwaan bahawa kerajaan menghentikan permit kerja kepada warga Korea Utara, empat bulan selepas kematian abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Februari lalu.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan itu dan menegaskan tiada arahan sedemikian dikeluarkan pihaknya.
Demikianlah Artikel Warga Korea Utara bekerja di Malaysia hanya 98 orang
Sekianlah artikel Warga Korea Utara bekerja di Malaysia hanya 98 orang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Warga Korea Utara bekerja di Malaysia hanya 98 orang dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/warga-korea-utara-bekerja-di-malaysia.html