Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm

Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm
link : Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm

Baca juga


Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm

THE MALAYSIAN TIMEN


JOHOR BAHRU: Tan Sri Shahrir Abdul Samad bersedia menimbang permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak berundur daripada politik dan terus memimpin UMNO Johor Bahru terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata beliau akan berbincang dengan anggota di peringkat bahagian dan cawangan mengenai perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya akan timbangkan,” katanya selepas perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Johor Bahru oleh Najib.

Anggota Parlimen Johor Bahru itu sebelum ini telah beberapa kali menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada PRU-14 kerana sudah tiba masa berundur selain mahu memberi laluan kepada pelapis.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO menyatakan secara terbuka harapannya agar Shahrir tidak berundur kerana khidmatnya masih diperlukan oleh UMNO Johor Bahru.

“Kenapa UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih kekal di Johor Bahru? Mungkin Shahrir setuju atau kurang setuju tetapi ‘The Shahrir Factor’ menyebabkan Johor Bahru kekal di tangan UMNO dan BN,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan itu.

Beliau turut memuji prinsip perjuangan yang ada pada diri Shahrir termasuk komitmen dalam menjalankan tugas yang disifatkan Najib antara faktor kerusi Parlimen Johor Bahru masih menjadi kubu kuat UMNO dan BN.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga senada dengan Perdana Menteri dan berkata meskipun UMNO Johor menghormati apa juga keputusan Shahrir, harapan beliau ialah agar pemimpin veteran itu kekal mewakili Johor Bahru.

“Kami percaya, Johor Bahru masih memerlukan ikon politiknya yang berwibawa dan disegani. Bagi kami di sini, Shahrir sendiri adalah susuk (pemimpin) yang benar-benar telah teruji dan terbukti.

“Perjuangannya, peribadinya dan khidmat baktinya adalah cerminan dan terjemahan sebenar penghayatan ideologi UMNO,” kata Mohamed Khaled dalam ucapannya pada majlis yang sama.

Shahrir, 67, yang juga Pengerusi FELDA, berpengalaman lebih 40 tahun dalam politik dan telah mewakili kerusi Parlimen Johor Bahru selama enam penggal sejak 1978.

Terdahulu dalam ucapannya, Shahrir berkata kejayaan UMNO di kawasan Johor Bahru kini bukan kerana atas faktor beliau, tetapi kerana UMNO bahagian itu bergerak dalam satu jemaah selain mendapat sokongan daripada akar umbi.

“Anggapan bahawa ia adalah hasil kerja seorang individu sahaja tidak tepat sama sekali.

“Seperti mana kesatuan, pertubuhan dan organisasi manusia yang lain, kekuatan dan kewibawaan UMNO Johor Bahru sebenarnya terletak pada jemaah dan bukan hanya imam atau ketua yang mengetuai.

“Selagi jemaah bersatu dalam saf masing-masing, saya percaya UMNO Johor Bahru mampu dekati qariah serta memperoleh keyakinan,” katanya.–Bernama



Demikianlah Artikel Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm

Sekianlah artikel Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tidak undur daripada politik: Shahrir sedia timbang permintaan Pm dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/08/tidak-undur-daripada-politik-shahrir.html

Subscribe to receive free email updates: