Judul : Bomba diarah siasat semua pusat tahfiz - Najib
link : Bomba diarah siasat semua pusat tahfiz - Najib
Bomba diarah siasat semua pusat tahfiz - Najib
ANTARAPOSKUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat diarah melakukan siasatan terhadap piawaian keselamatan disemua pusat tahfiz seluruh negara, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Arahan yang dikeluarkan Kabinet itu bagi memastikan kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak berulang.
Najib berkata berdasarkan siasatan itu nanti, mana-mana pusat tahfiz yang tidak mematuhi piawaian akan diberikan tempoh untuk meningkatkan tahap keselamatan pusat masing-masing dan jika gagal berbuat demikian, pusat berkenaan akan diarahkan tutup.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan tempoh yang diberikan kepada pusat tahfiz untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan.
"Sebab ini soal keselamatan anak-anak kita yang tidak boleh kita kompromi dan saya setuju ini adalah 'time bomb' yang tidak boleh kita pandang ringan.
"Ini soal nyawa anak-anak kita dan ini tanggungjawab kita, bukan soal kuasa kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri tetapi ini soal keselamatan, kebajikan dan lebih-lebih lagi nyawa anak-anak kita," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat kebangsaan tahun 1439H/2017M hari ini.
Dalam kejadian 5.15 pagi 14 September lalu, 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.
Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
Najib berkata, peristiwa yang berlaku kepada pusat tahfiz itu adalah sesuatu yang amat menyedihkan dan kejadian itu masih menghantui fikirannya sehingga ke hari ini.
"Saya tidak dapat percaya bahawa ada remaja dalam belasan tahun boleh merancang perbuatan jenayah yang begitu teliti sehingga menyebabkan 21 pelajar tidak berdosa maut serta dua orang guru terkorban.
"Apalah dosa mereka? Takkanlah bergaduh sebab futsal boleh berlaku jenayah ini. Inilah yang menghantui fikiran saya," katanya.
Turut hadir pada majlis itu, isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta beberapa menteri kabinet.
Demikianlah Artikel Bomba diarah siasat semua pusat tahfiz - Najib
Sekianlah artikel Bomba diarah siasat semua pusat tahfiz - Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bomba diarah siasat semua pusat tahfiz - Najib dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/bomba-diarah-siasat-semua-pusat-tahfiz.html