Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek
link : Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek

Baca juga


Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah enggan berjumpa suspek dan ahli keluarga suspek yang didakwa dengan sengaja membakar sekolah tahfiz berkenaan.
 
Pun begitu ujar Mohd Zahid Mahmood beliau memaafkan kesemua suspek yang kini ditahan reman polis untuk membantu siasatan. 
 
 "Saya tidak mahu jumpa suspek. Tak perlu untuk berjumpa mereka atau keluarga mereka.
 
"Tak perlulah jumpa mereka. Bukan berdendam. Saya maafkan mereka semua, seperti saya sentiasa memaafkan pelajar saya.
 
"Kita manusia harus saling memaafkan. Saya tak nak fikir panjang benda yang sudah jadi.
 
"Apa yang penting sekarang adalah untuk pulihkan semuanya, semangat anak-anak pelajar ini dan bagaimana kita nak bergerak ke depan. Saya maafkan mereka," katanya.
 
Kata Mohd Zahid, apa yang dilakukan suspek, yang juga remaja berusia antara 11 tahun dan 18 tahun itu sudah 'tertulis'.
 
"Mereka hanya penyebab berlakunya perkara ini kerana jika boleh diputarkan waktu, saya yakin mereka (suspek) juga tidak mahu perkara ini terjadi... saya sendiri juga tidak mahu perkara sebegini berlaku.
 
"Tetapi perkara ini sudah 'tertulis'.. saya anggap ini adalah ujian Allah kepada saya serta ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di pekarangan pusat tahfiz berkenaan, semalam.
 
Pada 14 September lalu, negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran di pusat tahfiz itu yang mengorbankan 21 orang pelajar berusia enam hingga 18 tahun.
 
Turut terkorban dua guru tahfiz yang juga warden asrama yang berusia 25 dan 26 tahun.
 
Mohd Zahid dalam pada itu mengakui tidak menerima kunjungan daripada keluarga suspek sehingga hari ini.
 
"Kejadian ini memberi kesan yang amat besar kepada saya sendiri. Ada ketika pada awal kejadian, saya sampai berasa seperti tidak mahu lagi menguruskan pusat tahfiz.
 
Tetapi, inilah ujian Allah. Saya perlu kuatkan diri.
 
"Tumpuan saya sekarang adalah melihat ke depan...semangat semua, terutama anak-anak di sini perlu dipulihkan," katanya sambil menambah pusat tahfiz itu tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran kepada pelajarnya.
 
Beliau berkata, di sebalik kedukaan yang dialami semua pihak, termasuk orang ramai yang bersimpati dengan tragedi itu, ia mempunyai hikmahnya sendiri.
 
"Ia seperti 'lilin membakar diri'. Satu kejadian yang insya-Allah memberi manfaat kepada banyak pihak.
 
"Kejadian ini membuka mata ramai pihak mengenai kebajikan pusat tahfiz di negara ini," katanya.
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM30 juta untuk mengemas kini maahad tahfiz secara fizikal.
 
Selain itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pula melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan memberi khidmat pemeriksaan dan pembaikan sistem pendawaian secara percuma kepada pusat tahfiz di seluruh negara.
 
 


Demikianlah Artikel Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek

Sekianlah artikel Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah belum dikunjungi keluarga suspek dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/pengetua-pusat-tahfiz-darul-quran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :