Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum

Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum
link : Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum

Baca juga


Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum

AKHBAR RAKYAT



PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah menyangkal kritikan terhadap penggunaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memperkasakan ekonomi Amerika Syarikat ketika rakyat mengalami kesukaran ekonomi.

Beliau berkata langkah yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pertemuan dengan Presiden AS Donald Trump di Rumah Putih pada 12 September lalu itu akan memberi pulangan kepada pencarum.

Beliau berkata tuduhan sesetengah pihak kononnya kerajaan mahu membantu ekonomi AS tidak berasas.

“Langkah itu bertujuan untuk beri pulangan terbaik kepada pemegang akaun KWSP,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata panel KWSP sudah mengkaji risiko dan prospek untuk pulangan terbaik daripada setiap pelaburan dalam dan luar negara.

“Ini perkara biasa. Panel EPF sudah lakukan penilaian dan sebagainya. Pelaburan seperti ini perkara biasa untuk memberi pulangan terbaik kepada pemegang akaun,” katanya.


Beliau menambah KWSP mempunyai pelaburan di United Kingdom dan AS untuk menjana pulangan yang memberangsangkan sebelum Najib terbang ke Washington.

“Pelaburan dilakukan sebelum kunjungan perdana menteri. Pemegang akaun mahu dividen tinggi, sama ada melalui pelaburan dalam negara atau antarabangsa,” katanya.

Dalam pertemuan di Washington, Najib memberitahu Trump bahawa KWSP mahu membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion (RM12.57 bilion hingga RM16.76 bilion) dalam pembangunan prasarana AS.

“Saya mahu maklumkan yang kami datang ke sini dengan membawa tawaran bernilai tinggi dalam perbincangan ini. Kami mahu bantu anda perkasakan ekonomi AS,” katanya.

Kenyatan PM itu dikritik pemimpin pembangkang. Ahli Parlimen DAP Teresa Kok menyoal adakah langkah itu akan dibalas dengan pelaburan lebih besar dari AS, sementara pemimpin PPBM Rais Hussin mempertikaikan bagaimana ekonomi Malaysia yang 62.65 kali lebih kecil boleh memperkasakan ekonomi AS.

Najib juga mengumumkan Malaysia Airlines akan membeli 25 pesawat Boeing 737 dan 8 pesawat 787 Dreamliners, dan 23 lagi pesawat 737 di masa depan. Beliau berkata urusjanji itu akan bernilai AS$10 bilion (RM41.9 bilion) dalam masa 5 tahun.

Dalam kenyataan semalam, KWSP berkata semua cadangan pelaburan sudah dinilai dan melalui proses yang ketat bagi melindungi kepentingan 14 juta ahlinya.

“Proses ini akan meneliti sebarang cadangan pelaburan selaras dengan strategi kepelbagaian jangka panjang. Ini juga selaras dengan mandat KWSP untuk meningkatkan simpanan persaraan ahli dengan melabur hanya dalam aset yang memenuhi profil pulangan risikonya,” katanya.

Menurut KWSP, pasaran AS yang beasr antara pasaran utama dalam pelaburan KWSP.

KWSP juga berkata setakat suku pertama 2017, pelaburan dana luar negara mewakili 29% daripada keseluruhan aset pelaburan dan menyumbang sebanyak 37% kepada keseluruhan pendapatan pelaburan.



Demikianlah Artikel Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum

Sekianlah artikel Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Irwan Serigar: Pelaburan KWSP di AS akan memanfaatkan pencarum dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/irwan-serigar-pelaburan-kwsp-di-as-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :