Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan

Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan - Hallo sahabat Berita Terbaru, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan
link : Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan

Baca juga


Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
TUMPAT: Jenazah warden yang terkorban dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tujoh, Pengkalan Kubor kira-kira 2.40 pagi tadi.
 
Jenazah Allahyarham Mohd. Amirul Nizam, 25, yang mesra dengan panggilan Ustaz Mirul tiba di rumah keluarganya kira-kira pada 2 pagi.
 
Kira-kira 1,000 penduduk sanggup berembun sehingga awal pagi demi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyaryham.
 
Terdahulu, van yang membawa jenazah bertolak dari Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang semalam selepas selesai proses bedah siasat dan padanan DNA sebelum dimandi, dikafan dan disembahyangkan di hospital berkenaan bersama 22 jenazah lain.

 
Turut mengiringi jenazah ialah isterinya Noor Fatihah Osman, 23 dan ahli keluarga terdekat.

 
Sementara itu bapanya, Sakarno Talib, 56, berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah Allahyarham bermula dari awal sehinggal selesai pengebumian.

 
“Kami sekeluarga reda dengan pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman,” katanya seperti yang dilaporkan Utusan Online.

 
Mohd. Amirul Nizam merupakan antara 23 mangsa yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

 
Media sebelum ini melaporkan arwah baru sahaja seminggu melangsungkan majlis persandingan dengan isterinya, Noor Fatihah.
 
 


Demikianlah Artikel Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan

Sekianlah artikel Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Ustaz Mirul selamat dikebumikan dengan alamat link https://beritabaru46.blogspot.com/2017/09/jenazah-ustaz-mirul-selamat-dikebumikan.html

Subscribe to receive free email updates: